Mahasiswa Kena Wara’ : (Bahagian 2)

SELUAS SAUJANA

Wara’ ini tidak hanya berkisar tentang soal makan dan minum yang kita peroleh, malah ia hampir meliputi setiap gerak kerja dan tatacara hidup kita seharian. Tidaklah wara’ ini terbit melainkan dengan sebuah hati yang empuya taqwa.

 

Hakikat taqwa seseorang itu hanya tercapai sehingga ia meninggalkan apa yang meragukan hatinya, kata Ibnu Umar. Hayatilah wara’ ini dalam erti kata yang luas seluas saujana pemandangan kita dan ingatlah ia berpusat di hati.

 

Curi masa bekerja dan menguranginya. Bukankah dipanggil wara’ jika menjauhinya? Mengeluarkan kata-kata yang sia-sia. Bukankah wara’ jika menjaga diri daripadanya? Bertikam lidah di alam maya dan realiti, bukankah dinamakan wara’ mengelak daripada terjebak ke dalamnya? Dan banyak lagi.

 

Baikilah hati, ia empunya dirimu bukan orang lain. Dari situ segala amalmu bakal beransur pulih dari igauan nafsu yang menguasai

 

TINGGALKAN HARAM, JADILAH HAMBA

Manusia sebenarnya tidur dan mamai dalam buaian mimpi dunia. Perkara tersebut mengaburi hakikat mereka yang sebenar selaku hambaNya. Kejutlah diri dengan panggilan hamba, tinggalkan buai dunia itu dan jijaklah kaki, terus melangkah dan kenali erti hidup sebenar.  Dengarkan sabda Nabi s.a.w dari Abu Hurairah r.a:

 

اِتَّقِ المَحَارِمَ, تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ

“Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, nescaya engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.” (Sunan at Tirmizi, Hadis Gharib)

 

Meniggalkan perkara haram ialah ibadah yang paling disukai Allah. Manakan tidak, balasan meninggalkannya pun cukup besar setimpal dengan perbuatan itu.

 

ANTARA DUA YANG DIKECILKAN

Tak perlu menunding jari yang satu, melupakan yang empat. Tak perlu membayangi orang lain seolah bermimpi, sedangkan diri kita jelas di pentas realiti. Siapa kita? Bukankah kita seorang mahasiswa. Membawa harapan ummah, bangsa, agama dan negara taktala pulang membawa ijazah. Cukupkah?

Di sana ilmu dan kemahiran yang menjadi pilihan, akhlak jadi penilaian.

Antara dua yang dikecilkan.

Saat sudah tinggi ilmu diangkat Allah, jangan kita rendahkan martabatnya kerana ketiadaan wara’ dalam diri. Hanya kerana, banyak perkara haram yang telah kita buat. Jadilah mahasiswa wara’, menghamba pada Allah dan menjauhi kokongan nafsu yang membelit.

Laksanakan. Nescaya berjaya mu bukan sahaja dunia, bahkan akhirat kelak.

Mungkin tak salah jika kita mengulangi buah hikmah guru Imam Syafie ini, Waqi’, yang diungkapkan Imam Syafie dalam madah syairnya:

 

شَكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى

Maksud syair:

Aku(Imam Syafiee) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku,
Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat,
Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya,
Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat

 

Oleh:

Luqman Afifi bin Sabri

Tahun 1 Usul Fiqh

Universiti Yarmouk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s