MADINAH 6 OCTOBER, 28 Jan – Seramai 19 orang wakil ISMA Jordan telah menghadiri program Mukhayam Murabbi anjuran ISMA Mesir. Program yang dihadiri kira-kira seramai 200 orang peserta daripada Mesir, Jordan dan Australia ini bertujuan untuk memberi latihan dan memantapkan kefahaman para murabbi ISMA di luar negara dalam membentuk kepimpinan yang akan mengesani masyarakat.
Pengerusi ISMA Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat dalam ucapan penutup telah menegaskan bahawa peranan dakwah ini adalah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada kita yang perlu kita sambut dan laksanakannya dengan bersungguh-sungguh. “Setiap amanah yang diturunkan kepada manusia adalah besar apatah lagi amanah untuk memikul risalah dan mendidik umat ini”.
Beliau telah meletakkan harapan yang tinggi kepada setiap ahli ISMA agar berusaha menanamkan jiwa murabbi yang mampu membentuk jiwa generasi manusia untuk kembali kepada Allah. “Masa depan umat Islam di Malaysia berada di tangan kita semua kelak”, tegas beliau.
Tahniah semua. Terkesima pabila meneliti khabar berita dan menatap paparannya.