Tahniah Atas Kecemerlangan Akademik


IRBID, 22 DISEMBER – Seramai 47 orang pelajar telah menerima anugerah pada Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) baru-baru ini. Manakala 8 daripadanya pula adalah ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan. Program yang menempatkan pelajar tajaan JPA dan MARA ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pengajian akademik khususnya di Jordan University of Science and Technology dan Universiti Yarmouk.

Ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan yang menerima anugerah pada Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik (AKA) tersebut adalah:
Anugerah Dekan Perubatan Tahun  1
1- Nur Izzah bt Ghazali
2- Nur Nadhirah bt Razali
3- Yaz Atiqah bt Mohd Yusoff
4- Fatin Syahirah Shari

Anugerah Dekan Pergigian Tahun  1
1- Nur Fakhirah bt Ghani
2- Khairunnisah bt Mohd Rosli

Anugerah Mumtaz, Fiqh Usul Tahun 2
1- Ahmad bin Khairuddin

Anugerah Mumtaz, Ekonomi dan Perbankan Islam Tahun 2
1- Fatin Syahirah bt Muhammad Nawi

 

 

Wartawan ISMA   Jordan sempat menemu bual salah seorang penerima anugerah di Makan Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik, saudara Ahmad bin Khairudin, tokoh akademik ISMA Jordan. Ketika ditemubual mengenai rahsia kecemerlangannya, beliau mengatakan bahawa perkara paling asas adalah menjaga hubungan kita dengan Allah.

“Seharusnya kita perlu sedar bahawa agenda kita sangat besar. Mahasiswa perlu sentiasa menyedari  bahawa mumtaz dan kejayaan kita adalah untuk ummah dan bukan kerana diri sendiri. Kita  juga perlu berfikir bahawa kepulangan kita di Malaysia nanti adalah untuk membantu dan membimbing masyarakat yang memerlukan kita”  tambah saudara Ahmad lagi.

Beliau juga mengatakan bahawa untuk menjadi cemerlang,  mahasiswa tidak perlu malu untuk berdamping atau berinteraksi dengan pensyarah kerana ianya akan merugikan mahasiswa itu sendiri.

Saudara Ahmad bin Khairudin merupakan pelajar tahun 3 Usul Fiqh di Universiti Yarmouk dan memperolehi keputusan mumtaz dalam akademik. Beliau juga merupakan Ketua Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia Jordan.

Ikatan Muslimin Malaysia Jordan mengucapkan tahniah dan berharap agar kecemerlangan ini diteruskan dan menjadi motivasi kepada ahli ISMA Jordan untuk terus cemerlang demi ummah.

One thought on “Tahniah Atas Kecemerlangan Akademik

  1. Semoga para peserta berjaya dan dimudahkan urusan untuk menyambung pelajaran di Bumi Anbiya’. Barisan Jawatankuasa Pelaksana SKBA 2012 mendoakan semua pelajar berjaya dalam bidang dan cita- cita masing seterusnya bakal kembali ke Malaysia dan menyumbang untuk Islam dan umat tercinta. Semoga cita-cita yang murni mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s