Kerana Warak Seorang Pemuda

 

Pernahkah kita, suatu hari kepenatan pulang ke rumah dari universiti, terus ke dapur membuka peti sejuk lalu mencapai sebotol jus entah milik siapa dan menogaknya dengan penuh nikmat. Dalam hati “tak mengapa, nanti kawan-kawan rumah aku balik aku minta izin”.

Satu hadis nabi ada menyebut,

… Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram…

 

كن ورعا تكن أعبد الناس

Jadilah orang yang wara’ niscaya engkau menjadi manusia yang paling beribadah”

Warak bermaksud, meninggalkan perkara yang tidak diketahui halal dan haram (syubhah). Takutnya seorang  hamba akan Tuhannya melahirkan sikap berhati-hati dalam setiap perkara yang bisa menyebabkan kemurkaan Allah. Gagalnya seorang hamba menjaga dirinya dari perkara-perkara syubhah membawa kepada penawaran diri  kepada suatu kecelakaan yang lain.

 

 

 

Mungkin kita rasa, ini perkara kecil. Tetapi jika kita menelusuri kisah orang-orang soleh, kisah yang lazim dengan kita satu ketika dahulu iaitu kisah seorang pemuda dengan buah epal. Di mana, ketika itu dia berasa lapar dan kebetulan sebiji buah epal terapung dibawa arus sungai. Lalu dia mengambil dan memakannya. Tetapi, selepas itu dia berasa amat kesal dengan perbuatannya dan berasa takut kepada Allah kerana memakan buah epal yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Lalu, dia terus bertekad mengikut arus sungai untuk mencari kalau-kalau ada kebun buah epal di hilir sungai. Akhirnya, dia berjumpa dengan tuan kebun tersebut lalu meminta maaf dan minta dihalalkan epal tersebut.

Walhal, jika ikut logik akal, epal itu tiada masalah pun untuk dimakan. Rentetan dari pertemuan itu, dia telah dikahwinkan dengan perempuan solehah, iaitu anak  kepada tuan kebun tersebut. Hasil daripada perkahwinan mereka, terlahirnya seorang ahli sufi.

Nah, menjaga sekecil-kecil perkara membawa impak yang sangat besar kepada pemuda tersebut. Dan sifat Warak inilah yang hendak di pupuk dalam jiwa-jiwa setiap daripada kita.

 

Wallahu a’lam.

 

Disediakan oleh:
Nur Athirah Azhar

Tahun 2 Ekonomi & Perbankan Islam
Yarmouk University

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s