Kebalnya Kita

 

Bismillah.

Mycoplasma pneumoniae, Mycobacterium leprae, Bacillus anthracis, Human Immunodeficiency Virus. Subhanallah. Kesemua nama-nama di atas adalah contoh bacteria dan virus yang membawa penyakit kepada manusia. Namun, Maha Suci Allah yang melindungi manusia daripada makhluknya yang istimewa ini. Setiap detik, saintis terus menerus mengkaji kewujudan variasi bakteria dan virus yang lain dengan harapan ada antaranya boleh menyembuhkan. Harapan ini bukan satu angan-angan kosong, kerana menurut kajian semasa, hanya 3 peratus daripada seluruh mikroorganisma di bumi Allah ini membawa penyakit. Adakah koloni yang lain mampu menyembuhkan? Hanya Allah yang mengetahui.

 

Fakta 1. Sebagaimana yang kebanyakan daripada kita tahu, Acquired Immunodeficiency Syndrome(AIDS) berpunca daripada Human Immunodeficiency Virus(HIV) yang menyerang puluhan ribu manusia, dan sehingga kini masih tiada penawar untuknya. Persoalan yang timbul mengapa tiada penawar? Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, HIV merupakan virus yang sangat unik. Strukturnya sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Apabila satu vaccine telah dihasilkan,ia berjaya mengubati HIV yang menyerang pesakit serangan pertama sahaja, manakala pesakit lain tidak. Mungkin kelihatan seperti kita telah berjaya menghasilkan ubatnya, namun dengan kuasa Allah, ia terus merebak. Satu fakta yang kita patut tahu adalah bahawa HIV bukanlah pembunuh sebenar. HIV bertindak dengan menyerang system imunisasi badan menyebabkan pesakit sangat mudah dijangkiti penyakit lain.

 

Fakta 2. Ayuh kita menyusuri dan mengenali badan kita dengan lebih baik.

Sistem imunisasi. Penjaga utama badan kita.

Betapa hebatnya sistem badan kita ini, sehinggakan apabila kita dijangkiti ‘pathogen’, ia bekerja dengan baik sekali untuk melindungi system badan yang lain. Sel darah putih, yang melahirkan konco-konconya untuk melawan sebarang sel atau bahan asing yang mempunyai struktur berbeza dengan yang telah ditetapkan dalam genetik badan manusia. Cuba kita fikirkan,adakah sel-sel ini bergerak dengan sendirinya? Wujud dengan automatiknya? Semestinya tidak. Maha Suci Allah yang mencipta manusia sebaik-baik kejadian.

Hebatnya aturan Allah. Rahsia ciptaan Allah masih belun dapat dirungkai manusia sepenuhnya. Akal manusia ada batasannya, tetapi Allah cukup Pemurah untuk mengilhamkan manusia mengenai ilmu ini. Jelas, terlalu banyak yang perlu dikaji. Terlalu banyak buku yang harus dibaca. Mungkin satu hari nanti, penawar segala penyakit berjaya ditemui. Ayuh, pastikan kita adalah mereka yang berjaya menemuinya.

“dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku” As-syu’ara: 80.

*sumber: Burton’s Microbiology for the Health Science: Ninth Edition

 

Disediakan oleh :
Nur Izzah Ghazali
Tahun 2 Perubatan
Jordan University of Science and Technology 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s