Biografi As-Syahid Ahmad Al-Ja’bari, Ketua Umum Bridged Izzuddin Al-Qassam

Ahmad Said Khalil al-Ja’bari dikenali sebagai Pimpinan Utama dalam Hamas. Zionis Israel menyebutnya sebagai “Ketua pimpinan Hamas”. Beliau juga merupakan Perunding mewakili Hamas dengan Zionis Israel dalam proses pertukaran tawanan Palestin dengan dengan Gilad Shalit ( tentera Israel tawanan hamas). Sebagai seorang ketua operasi Bridged Izzuddin Al-Qassam, Al-Ja’bari menjadi orang paling dikehendaki oleh Anggota Perisikan Israel (MOSSAD).

Ahmad Al-Ja’bari memulakan perjuangannya dalam membebaskan Palestin di dalam Fatah. Beliau ditawan pada tahun 1982 ketika mengikuti sebuah operasi tentera anti-zionis dan kemudiannya dipenjarakan selama 13 tahun.Ketika di dalam penjara Ahmad Al-Ja’bari mengubah strategi perjuangannya dan memutuskan untuk melakukan perjuangan disertai dengan kekuatan agama (Islam). Oleh kerana itu, beliau mula bergabung dengan Harakah Jemaah Islamiah. Setelah bergabung dengan Jemaah Islamiah beliau bergaul dengan ramai tokoh-tokoh penting Hamas seperti As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi, As-Syahid Ismail Abu Syanab, Nizar Rayyan, Ibrahim Al-Muqaddimah dan juga As-syahid Soleh Syahadah. Hal ini membuatkan Ahmad al-Jabari bergabung dengan Bridged Al-Qassam setelah keluar dari penjara.

Ahmad al-Ja’bari dibebaskan dari penjara Israel pada tahun 1995 dan beliau menguruskan urusan tawanan yang bergabung di dalam Hamas. Beliau mula melibatkan diri dalam saf Kepimpinan Politik Hamas di Bandar Gaza pada 1997. Hubungannya dengan Muhammad Ad-Dheif, Saad Al-‘Arabid dan Adnan Al-Ghoul, iaitu para komandan Bridged Izzuddin Al-Qassam menjadi semakin kuat. Hal ini membuatkan pasukan keamanan yang dimiliki oleh pihak berkuasa Palestin pada tahun 1998 menahannya dengan menuduh beliau sebagai penghubung antara ketenteraan dan kepimpinan politik Hamas.

Kemudiannya Ahmad al-Ja’bari dibebaskan pada tahun 2000 iaitu pada tahun intifada Masjid al-Aqsa dan ketika itu bermulanya serangan Israel ke atas pengkalan Ketenteraan Pihak Berkuasa di Bandar Gaza. Pada waktu itu hubungan Ahmad Al-Ja’bari dengan as-Syahid Syahadah dan Muhammad ad-Dheif menjadi semakin kuat dan memberi ruang dan jalan pada Ahmad al-Ja’bari untuk terlibat sama dalam Operasi Pergerakan Ketenteraan Bridged al-Qassam. Bersama-sama dengan kedua-dua tokoh ini, Ahmad al-Ja’bari berjaya menghasilkan satu organisasi ketenteraan Hamas dengan baik dari sudut pengurusan Kewangan dan Ketenteraan.

Pada tahun 2003, cubaan membunuh tentera Zionis Israel keatas Muhammad ad-Dheif di lakukan. Walaubagaimanapun, Muhammad ad-Dheif lumpuh dan mengalami luka yang parah. Di sebabkan itu, Muhammad ad-Dheif tidak lagi memegang tampuk kepimpinan Bridged Izzuddin al-Qassam. Peristiwa itu menyebabkan pertukaran Kepimpinan Bridged Izzuddin al-Qassam kepada Ahmad al-Ja’bari. Walau bagaimanapun ketika itu Muhammad ad-Dheif secara rasminya masih menjadi sebahagian Kepimpinan Bridged Izzuddin al-Qassam selama setahun.

Dalam waktu yang begitu singkat, Ahmad al-Ja’bari mampu mengendali Ketenteraan Hamas dengan berkembang lebih cepat. Hampir 10 ribu pasukan telah terbina dengan pada setiapnya terdapat tugasan dan unit-unit tertentu dalam ketenteraan Izzuddin al-Qassam. Ahmad al-Ja’bari mewujudkan pelbagai gudang senjata untuk Bridged Izzuddin al-Qassam yang mana sebahagian senjata dihasilkan sendiri.

Secara perlahan Ahmad al-Ja’bari menjadi permasalahan utama kepada Anggota Perisikan Israel (MOSSAD). Selain menjadi Ketua Umum Kepimpinan Bridged Izzuddin al-Qassam sebelum Rezim Zionis Israel keluar dari Bandar Gaza pada tahun 2005, Ahmad al-Ja’bari juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam membersihkan Gaza dari agen-agen Pihak Berkuasa Palestin yang akhirnya Gaza terpisah dari Tebing Barat Sungai Jordan iaitu pada tahun 2007. Selain itu, Ahmad al-Ja’bari juga bertindak sebagai perancang operasi tebusan tawanan Gilad Shalit, tentera Israel.

Ketika tentera Zionis Israel menyerang Bandar Gaza, Ahmad al-Ja’bari berhasil mengorganisasikan sebuah pasukannya menghadapi serangan dari Israel. Bukan itu sahaja, malah mematahkan pelbagai serangan Zionis Israel. Hal ini membuatkan MOSSAD merancang sesuatu bagi menghancurkan Ahmad al-Ja’bari. Tentera Israel beberapa kali berusaha untuk membunuh Ahmad al-Jaba’ri. Pada tarikh 18 Ogos 2004, Zionis Israel melancarkan serangan dengan menembak roket dari helikopter Apache ke rumah beliau dan membuatkan beliau cedera. Walau bagaimanapun, anak sulungnya Muhammad dan saudaranya gugur syahid.

As-syahid Ahmad Al-Ja’bari merupkan menantu kepada as-Syahid Abdul Aziz ar-Rantisi dan anaknya as-Syahid Muhammad al-Ja’bari merupakan menantu kepada as-Syahid Solah Syahadah.

Sumber : Ikatan Muslimin Malaysia Mesir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s