Rakyat Mengadakan Protes Terhadap Raja Jordan

 

AMMAN, 5 Oktober – Berpuluh-puluh ribu rakyat Jordan telah mengadakan protes di tengah-tengah ibu negara Jordan, Amman pada Jumaat yang lepas berikutan keputusan Raja Jordan untuk membubarkan parlimen pada Jumaat yang lepas.

Saksi dan wartawan menganggarkan bilangan penunjuk perasaan dalam demonstrasi bantahan tersebut mencecah seramai 10 000 hingga 15 000 orang, dan bilangan tersebut dijangka akan terus meningkat.

Islamic Action Front, yang merupakan sayap utama Ikhwanul Muslimin Jordan dan kumpulan pembangkang utama  di Jordan meramalkan kehadiran penunjuk perasaan masih lagi selamat iaitudi bawah 50 000 orang.

Sekurang-kurangnya 2 000 anggota polis telah diarahkan untuk mengawal keadaan ekoran demonstrasi tersebut yang bermula sejurus selepas solat Jumaat.

Wartawan Al-Jazeera, Jane Arraf melaporkan, protes tersebut merupakan protes yang terbesar sejak daripada tragedi Revolusi Arab pada  tahun 2010.

“Penunjuk perasaan tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan. Permintaan mereka adalah lebih sederhana,” katanya lagi.

Raja Abdullah sebelum ini berharap bahawa keputusannya untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya lebih awal akan mengurangkan bantahan daripada rakyatnya. Beliau tidak mengumumkan lagi tarikh awal untuk pilihan raya  tetapi  beliau berharap untuk mengadakan pemilihan tersebut menjelang akhir tahun 2012.

“Mereka mahu peraturan yang baru untuk  pilihan raya kali ini yang akan memberi mereka peluang yang lebih baik bagi memilih pemimpin  yang boleh melaksanakan reformasi. Mereka mahu menamatkan rasuah. Mereka mahu pekerjaan,” katanya lagi.

Demonstrasi yang menyokong Raja Jordan  telah dibatalkan kerana dibimbangi akan menyebabkan kekacauan ekoran pertembungan dengan perhimpunan pembangkang, kata penganjur.

“Kami telah membatalkan demonstrasi kami yang telah dijadualkan pada masa yang sama dan begitu juga pihak  Ikhwanul Muslimin, bagi mengelakkan sebarang masalah,” kata Jihad al-Sheikh, ketua kumpulan Internet-based Youth , yang menganjurkan protes tersebut.

Pembatalan itu ekoran daripada  permintaan  Pengarah Umum Keselamatan, Hussein al-Majali, ahli Parlimen dan pimpinan puak bagi  mengelakkan sebarang kekacauan.

Pihak Ikhwanul Muslimin dan gabungan kumpulan puak serta lain-lain organisasi telah memberi tekanan kepada raja untuk mempercepatkan reformasi politik yang mereka rasakan begitu perlahan.

Mereka juga marah dengan undang-undang pilihanraya yang diluluskan pada Julai lalu. Undang-undang pilihan raya tersebut dikatakan mengekalkan satu sistem yang meminggirkan Perwakilan Rakyat Jordan yang berasal daripada Palestin. Perwakilan tersebut, sebelum ini merupakan tempat pergantungan bagi para aktivis Islam dan mereka memihak kepada Jordan asli, serta  cenderung untuk menyokong raja.

Pembangkang mengatakan bahawa mereka akan memboikot pilihan raya yang  akan datang sepertimana yang dilakukan pada pilihanraya 2010, melainkan permintaan mereka untuk meluaskan lagi pencalonan perwakilan dipenuhi.

Sebelum ini, banyak demonstrasi lain yang berlaku di Jordan sejak Januari 2011 yang meminta pembaharuan politik dan ekonomi dilakukan dengan segera serta menamatkan gejala rasuah.

Dalam temu bual eksklusif dengan agensi berita AFP bulan lepas, Raja Abdullah berkata keputusan yang dibuat oleh aktivis Islam untuk memboikot undi adalah  kesilapan yang sangat besar.

“Sebagai Raja Berperlembagaan, mandat saya adalah untuk menjadi payung untuk semua kumpulan politik dan semua lapisan masyarakat kita, dan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab tersebut, saya memberitahu Ikhwanul Muslimin bahawa mereka membuat salah perhitungan besar,” katanya.

“Pengiraan detik  untuk pilihanraya telah pun bermula. Pendaftaran pilihanraya sedang giat dijalankan. Parlimen akan dibubarkan. Tarikh pilihan raya akan diumumkan dan kita akan mempunyai sebuah parlimen baru menjelang tahun hadapa. “

Raja Abdullah telah mengarahkan Parlimen untuk menambah bilangan kerusi yang dikhaskan untuk calon-calon parti untuk menggesa aktivis Islam untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya. Bilangan kerusi telah dinaikkan dari 17 kerusi kepada 27 kerusi, tetapi masih gagal untuk memenuhi permintaan kumpulan pembangkang.

Protes besar-besaran yang dilakukan itu tidak mengancam keselamatan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Jordan. Pengarah Education Malaysia Jordan, Prof. Dr. Mohd Azidan bin Abdul Jabar,  juga telah menasihati semua pelajar Malaysia di Jordan agar tidak berada di kawasan awam terutamanya di Amman serta mantiqah-mantiqah (kawasan) lain pada hari Jumaat yang lepas, bagi mengelakkan terperangkap dalam demostrasi besar-besaran. Pelajar-pelajar Malaysia juga telah dinasihatkan sebelum itu, untuk mengurangkan aktiviti luar pada hari tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tiada kejadian buruk daripada protes itu yang dilaporkan.

Sumber : Al Jazeera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s