RM18,800 untuk Sumbangan Ramadhan Palestin 1433H

IRBID, 3 Ogos Aman Palestin dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan telah melaksanakan Projek Kutipan Sumbangan Ramadhan Palestin khas buat mahasiswa seluruh Jordan. Projek yang dimulai pada 7 Julai 2012 ini telah berlangsung sehingga 2 Ogos 2012 dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari mahasiswa-mahasiswi seluruh Jordan.

Hasil dari sumbangan seluruh mahasiswa Jordan, Projek Sumbangan Ramadhan Palestin ini berjaya mengumpul sebanyak RM 18,800 atau 4262.25 JD dalam tempoh hampir sebulan projek ini dilancarkan.

Pihak Aman Palestin dan juga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua mahasiswa yang memberikan sumbangan dan kerjasama. Jumlah ini membuktikan bahawa mahasiswa Jordan merupakan mahasiswa yang  cakna dan mengambil berat tentang  isu dan masalah ummah di Palestin yang memerlukan sumbangan dari kita yang mempunyai kemampuan. Moga segala sumbangan yang diberikan akan diberkati Allah.

 

Disediakan oleh :
Ahmad Nu’man bin Mazlan

Wakil Aman Palestin Jordan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s