Krisis Kewangan KAUH : Beberapa Jabatan Diarah Tutup

 

 

 

AMMAN, 25 JULAI-King Abdullah University Hospital (KAUH) mengalami krisis kewangan yang akan menyebabkan beberapa jabatan-jabatan terpaksa ditutup.

Pengarah KAUH Dr. Hussin Al-Hais telah berkata bahawa pihak hospital telah diancam agar sebahagian jabatannya yang penting ditutup jika pihak kerajaan berterusan untuk tidak memberi respon terhadap hutang-hutangnya kepada pihak hospital.

Beliau juga menambah bahawa pembekal ubat-ubatan dan peralatan-peralatan perubatan juga telah mengancam hospital untuk menghentikan bekalan seperti yang pernah dilakukan oleh syarikat-syarikat lain dalam mengambil langkah yang sama disebabkan jumlah hutang terkumpul yang banyak oleh pihak hospital.

Dr Hussin juga menjelaskan dalam wawancara beliau dalam Agensi Berita Jordan bahawa jumlah hutang kerajaan terhadap pihak hospital ialah sebanyak 24 million dinar dan sebanyak 14 million dinar daripadanya terkumpul sejak tahun 2011, dan jumlah hutang yang ditanggung oleh pihak hospital terhadap pembekal ubat-ubatan ialah sebanyak 23 million dinar.

Kerajaan telah digesa agar mempercepatkan proses bayaran hutang kepada pihak hospital bagi membolehkan segala perkhidmatan untuk masyarakat tempatan dapat diteruskan. Beliau menjelaskan juga bahawa hospital bukanlah bersifat keuntungan semata-mata dan sebahagian besar sumber-sumbernya juga ialah daripada transformatif pembelajaran di mana hampir kesemua para pekerja ialah dari kalangan ahli-ahli daripada Fakulti Perubatan di KAUH.

Dr. Hussin berkata bahawa beberapa buah syarikat pembekal telah pun menghentikan bekalan kepada hospital sehinggalah hutang tersebut dilunaskan. Bagaimanapun, sebahagian syarikat yang lain masih terus mengancam pihak hospital akan mengambil langkah yang sama. Dalam perkara ini juga bahagian pengurusan hospital telah diletakkan dibawah pengawasan pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan untuk pantauan semasa.

Dr. Hussin juga memberi amaran berkenaan beberapa jabatan dan bahagian hospital yang akan ditutup dan ketidakupayaan pihak hospital dalam memberikan rawatan kepada masyarakat tempatan serta ketidakupayaan memberikan khidmat latihan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejururawatan dan farmasi.

Beliau menambah bahawa KAUH sedaya upaya memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan yang berada di wilayah-wilayah utara supaya dapat mengurangkan masalah pengangkutan untuk ke hospital ibu negara di Amman sama ada untuk membuat prosedur perubatan, pembedahan, rawatan berkala dan mengelakkan perbelanjaan pengangkutan yang berlebihan serta kekeliruan pihak hospital di Amman sendiri.

Dikatakan bahawa bilangan katil yang disediakan mencapai 536 hingga 600 buah katil ketika waktu kecemasan dan proses penambahbaikan kualiti para pekerja juga dilakukan di samping memberikan penjagaan yang utama untuk para pesakit Jordan. Selain itu, perkhidmatan kajian ilmiah secara berterusan juga dilakukan selaku salah sebuah hospital yang terkemuka.

Sumber : Arab News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s