Seminar Fiqh Ramadhan dan Fiqh Puasa Menyiapkan Mahasiswa Menghadapi Ramadhan

IRBID, 14 Julai – Seramai 200 orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di universiti seluruh Jordan telah menghadiri Seminar Fiqh Ramadhan dan Fiqh Puasa anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan di sini.

Seminar bertemakan Kun Rabbaniyyan Wala Takun Ramadhaniyyan ini menampilkan Ustaz Farid Ravi Abdullah sebagai penceramah khas.

ISMA Jordan mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini bagi memberi kefahaman kepada mahasiswa mengenai gambaran sebenar tentang Ramadhan dan kehidupan para salafussaleh ketika Ramadhan selain menjelaskan beberapa hukum-hakam fiqh berkaitan bulan Ramadan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia Jordan, Muhammad Hashemi Dahalan Md Razip dan turut dihadiri oleh wakil-wakil persatuan pelajar Malaysia Jordan seperti Majlis Mahasiswa Pulau Pinang Jordan(MUTIARA), Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ), Kebajikan Mahasiswa Sabah Jordan (BAKSIS), Majlis Pelajar Kedah Jordan (MPKJ), Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan (BKMPJ), Malacca Student Society of Jordan (MSSJ), dan Keluarga Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ).

Para peserta turut disajikan dengan tayangan video filem pendek yang bertajuk ‘Assalamualaikum Cinta’ dan ‘Harapan Ramadan’ oleh kumpulan Fetya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s