Gelombang Haba Bakal Mengiringi Permulaan Ramadhan

 

AMMAN, 16 JULAI -Jordan bakal terjejas dengan gelombang haba bermula Selasa, dan diramalkan, gelombang haba tersebut bakal membawa cuaca yang sangat  panas dan kering dan  suhunya melebihi 40 º C, lapor  Jabatan Meteorologi Jordan (JMD) pada hari Isnin lepas

Gelombang haba tersebut disebabkan oleh jisim udara musim panas yang memberi kesan kepada Semenanjung Arab, disertai dengan angin dari arah timur laut ke arah barat laut yang panas dan kering, kata ahli meteorologi, Hassan Shanaa.

“Gelombang haba ini akan memuncak pada hari Rabu dan Khamis, apabila suhu dijangka mencapai setinggi 40 C º dan 41 C ° di Amman dan melebihi 45 C ° di wilayah timur, Lembah Jordan dan Aqaba,” Shanaa memberitahu The Times Jordan melalui telefon.

Tahap merkuri semasa gelombang haba tersebut  dijangka menjadi 8-10 darjah di atas purata tahunan ,32 º C pada waktu semasa, tahun ini, katanya.

“Gelombang haba tersebut  dijangka berterusan sehingga hari Ahad, dan cuaca akan kekal panas tetapi suhu akan turun sedikit bermula Jumaat,” kata Shanaa.

JMD memberi amaran kepada orang ramai berkenaan pendedahan kepada cahaya matahari sepanjang gelombang haba tersebut berlaku, terutama sekitar waktu tengah hari, untuk mengelakkan sunstroke.

Suhu maksimum pada hari Jumaat dan Sabtu akan mencapai 39 º C dan 38 º C, dan akan turun sekitar 37 º C pada hari Ahad, mengikut Shanaa, yang berkata bahawa suhu dijangka meningkat  lagi pada Isnin depan pada kadar 1-2 darjah.

“Suhu waktu malam sepanjang tempah gelombang haba akan menjadi sekitar 28 º C di Amman, iaitu sembilan darjah lebih tinggi daripada suhu purata tahunan, dan melebihi 30 º C di selatan, timur dan lembah Jordan,” katanya.

Sebuah kedai perkakas elektrik, pada hari Isnin melaporkan peningkatan dalam permintaan bagi alat penyaman udara dan kipas untuk menghadapi gelombang udara panas yang dijangka bakal berlaku.

“Setiap kali musim panas, permintaan untuk kipas dan penyaman udara pasti meningkat, tetapi minggu ini, kami mendapati permintaan yang lebih tinggi berbanding dahulu. Semua unit penghawa dingin kami telah dijual dan kami sedang menunggu untuk penghantaran baru,” Hadi Suleiman, pegawai pemasaran di sebuah  kedai perkakas elektrik, memberitahu The Times Jordan.

Beliau mengaitkan peningkatan gelombang udara panas yang dijangka ini, juga selari dengan hari pertama bulan suci Ramadan, yang dijangka bermula pada hari Jumaat atau Sabtu, bergantung kepada kemunculan anak bulan.

 

Sumber : Jordan Times

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s