Pilihanraya Libya


AS-SABEEL, 8 JULAI – Di Libya proses pengiraan undian telah bermula pada pilihanraya pertama pelbagai parti bagi memilih ahli-ahli persidangan kebangsaan tahun ini, di mana Suruhanjaya Pilihanraya telah berkata, 94% daripada pusat-pusat  pengundian telah beroperasi untuk para pengundi dan baki terdapat 100 pusat pengundian di Timur Libya terpaksa ditutup disebabkan oleh sabotaj.

Pusat Pengundian telah menamatkan operasinya pada pukul 8.00 malam mengikut waktu tempatan, tetapi keputusan awal tidak dapat dijangka untuk diumumkan samada sebelum hari esok iaitu Ahad. Seperti yang ditetapkan, keputusan rasmi pilihanraya akan diumumkan dalam masa seminggu daripada masa proses mengundi.

Lebih 2.8 juta pengundi telah mendaftar  nama mereka dalam pilihanraya kali ini untuk memilih parti-parti politik yang terdiri daripada 200 calon, pilihanraya pada kali ini akan melantik seorang Presiden dan Majlis Kabinet sebelum proses perlaksanaan untuk menyusun Pilihanraya penuh Parlimen pada tahun hadapan  dibawah perlembagaan yang baru. Jika diperhatikan kawasan ibu negara, Tripoli menjadi tempat pengundian yang paling ramai hadir untuk mengundi dan begitu juga di timur Negara, Benghazi.

Wartawan Al-Jazeera telah melaporkan bahawa  pusat-pusat pengundian di Ajdabiya, Timur Libya telah menerima pengundi-pengundi, dan proses pengundian berjalan dengan baik sekali. Terdapat beberapa pusat pengundian di Libya memulakan proses pengundian lewat seperti Brega disebabkan kecurian bahan-bahan pilihan raya yang tidak diketahui di pejabat undi pilihanraya.

Di Ajdabiya juga, wartawan Al- Jazeera telah melaporkan terdapat seorang terbunuh dan dua orang tercedera ketika pasukan keselamatan menembak mati usaha untuk menutup pusat pengundian  di Bandar tersebut. Manakala di Benghazi, wartawan Al-Jazeera menyatakan peratusan undian yang baik  di Bandar mencapai kira-kira 65% di salah satu tempat  pusat pengundian, hal ini disebabkan oleh lima kawasan pusat pengundian  terdedah dengan perbuatan sabotaj, manakala terdapat kegagalan beberapa pengundi di satu kawasan dan dirujuk kepada kawasan yang lain. Wartawan ada melaporkan daripada pegawai pilihanraya bandar menyatakan bahawa pemilihan akan bermula sejurus tamat proses pengundian dan akan dilaksanakan di dalam pusat pengundian yang sama.

Di Sabha, wartawan Al-Jazeera melaporkan bahawa Sabha merupakan kawasan pengundian yang mengalami pengundian penuh daripada pengundi. Di Kafrah selatan Negara, proses pengundian bermula setelah pendamaian antara qabilah Tabu dan qabilah-qabilah Arab.

Ketua Suruhanjaya Pilihanraya. Nuril ‘Ibar menyatakan sebanyak 1453 kawasan pengundian daripada 1550 kawasan, membuka untuk pengundi bermula jam 8 pagi di semua tahap kawasan , berikutan itu juga terdapat beberapa kawasan pengundian tidak dibuka atas sebab-sebab keselamatan dan kegagalan menghantar keperluan-keperluan pilihanraya ke kawasan pengundian.  ‘Ibar tidak menolak, kelewatan penutupan pejabat pengundian yang melambatkan proses pilihanraya.

Dan terdapat beberapa gangguan di kawasan pengundian disebabkan oleh permintaan ahli parlimen persekutuan khusus di kawasan mereka untuk menambah bilangan kerusi  di mesyuarat Persidangan  menganggap keadaan ini baik di sebahagian kawasan pengundian sahaja.

Sumber : Assabel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s