Sentuhan Pertama Tarbiah- Indah Bak Bianglala

‘Kita suka lihat akan bianglala yang mula menampakkan wajah sesudah sahaja titisan air membasahi tanah. Bukankah lebih indah andai mulut juga disusuli dengan mengucap Subhanallah?’

 

 

Saat pertama kali dikelilingi orang yang baik-baik, janggal. “ish, baiknya orang ini, kenapa dia peramah sangat, mesti ada apa-apa” getus hati, dan ya, mereka punya agenda, membawa manusia kepada Tuhan dengan menjadikan persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah sebagai dasar.

Suka aku andai bisa kembali pada satu zaman yang mana, ada satu jemaah yang apabila seseorang di antara mereka bersin di Iskandariyah, maka berkatalah saudaranya di Aswan -semoga Allah memberi rahmat kepadamu.

Jadi di sini bermulalah gerak kerja menyebarkan cinta. Cinta kerana Allah. Aku belajar menghargai, belajar  menghormati, belajar berlapang dada, belajar berkata sempurna, belajar memberi, belajar  berkorban apa sahaja dan belajar segala-galanya. Memang dahulunya kita sudah belajar, tetapi yang kali ini kita belajar dan merasai rasa zuq-nya. Mungkin kerana pembelajaran kali ini telah nampak fokusnya diniatkan kerana Allah?

Mudah untuk mengatakan diri sudah berbuat baik, diri sudah beramal. Praktikalnya juga mungkin mudah, tetapi untuk istiqomah itu sukar. Jadi, aku kira, bila tarbiah datang menyapa, seyogianya kita perlu bersyukur dan punya rasa menghargai, kerana ini adalah wasilah yang mendekatkan diri pada Rabbul Izzati.

 

Harapnya, kau dan aku terus thabat.

Amin ya rabbal a’lamin.

 

Disediakan oleh:
Nur Athirah Azhar
Tahun 1, Ekonomi dan Perbankan Islam
Universiti Yarmouk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s