ABCD Tarbiyah

Tarbiyah ialah proses memberi pengaruh  dan kesan secara berterusan untuk membentuk perubahan pada tingkah laku. Ia merupakan proses pembinaan keimanan, emosi, akhlak, harokah untuk membina Super Muslim Robbaniy. Dengan kata yang paling ringkas tarbiyah adalah proses merubah manusia dari kognitif kepada tingkah laku kekal berdasarkan manhaj dan wasilah tertentu untuk mencapai objektif pembinaan peribadi  muslim  yang menjadi batu bata kepada binaan Islam.

Ya ..Tarbiyah untuk membina Super Muslim Robbani

 

Bagaiman Peribadi Super Muslim  Robbaniy ?

Super  Muslim Robbaniy itu ialah :

  • Manusia yang benar dan ikhlas kepada allah dalam segala tindakannya.
  • Manusia yang dekat dan tunduk serta khusyuk kepada Allah.
  • Manusia yang sentiasa beribadah dan banyak berzikir mengingati allah
  • Manusia yang zuhud di dunia dan mencari segala apa yang mendapat keredhaan allah.
  • Manusia da’ie [pendakwah] yang menyeru ke jalan alllah dan berusaha memenangkan agama Allah.

Di mana titik kejayaan tarbiyah ?

Titik kejayaan tarbiyah apabila berlaku perubahan kepada individu kepada satu perubahan yang positif dan beransur-ansur sehingga menjadikan individu tadi seorang yang bersungguh-sungguh berada di atas jalan menuju Allah, dia bergerak atas sifat zatiahnya [memiliki jatidiri] untuk melalui jalan orang-orang yang Robbaniy . Manakala jamaah berperanan sebagai lingkungan yang membantu dan menyokong kepada mencapai objektif tersebut. Maka akan lahirlah Super Muslim Robbaniy .

Apakah Indikator paling penting kejayaan tarbiyah ?

Indikator kejayaan tarbiyah apabila berjaya mencapai atau membentuk sifat ‘ZATIAH’ atau ‘KESEDARAN KENDIRI’ di dalam peribadi mutarobbi. Sifat ‘Zatiah’ atau ‘Kesedaran Kendiri’ yang menjadikan individu tadi berusaha mengejar segala yang bernilai di sisi Allah dan mencari habuan akhirat. Itulah ciri Super Muslim Robbaniy yang kita inginkan.

Sifat ‘Zatiah’ inilah terbina pada peribadi  super seperti sahabat nabi yang bernama Harithah. Harithah ketika beliau ditanya oleh Rasulullah SAW : Bagaimana kamu pagi ini ?  Jawab Harithah : “ aku pagi ini di dalam keadaan menjadi seorang mukmin yang sebenarnya. Kemudian nabi memberikan respon : “setiap kata-kata ada hakikatnya, maka apakah hakikat iman kamu ?”. Jawan Harithah : “  Jiwaku berlepas dari mainan dunia , lalu aku merasa kehausan di siang hari , berjaga di waktu malam seolah-olah aku berada nyata dibawah arasyh allah , dan seolah-olah juga aku menjadi penghuni syurga yang merasai kelazatan nikmatnya di dalam syurga , dan juga merasa seolaha-olah aku adalah penghuni neraka yang merasai azabnya. Jawab baginda SAW : “kamu telah merasainya, maka beriltizamlah  kerana  seorang mukmin itu ialah apabila Allah telah menerangi hatinya..”

Sifat Zatiah ini akan menjadikan peribadi mutarobbi tadi menjadi super da’ie  yang proaktif dan dinamik, beramal dan berdakwah tanpa perlu menunggu taujih dari murobbi. Dia bingkas, tangkas dan pantas melaksanakan tugas dakwah, memikul risalah hasil dari kesedaran dalaman yang tinggi semata-mata mengharap keredhaan Allah. Kuasa dorongannya adalah iman yang bertindak sebagai motor. Kuasa dalaman ini bergerak atas dorongan meraih habuan akhirat..berjalan menuju ke syurga allah.

Kalau begitu..bagaimana mencapai perkara tersebut ?

Usaha Murobbi yang bersungguh-sungguh. Sejauh mana kemampuan murobbi  membina sifat hubbul intima’ [rasa dan minat intima’] di dalam jiwa mutarobbi terutama di peringkat awal tarbiyah khususnya kepada para pemuda. Kejayaan tarbiyah apabila berjaya menanam sifat hubbul intima’ yang tinggi kepada mereka. Penilaian kejayaan bukan diukur pada penglibatan atau aktivisme mereka semata-mata.  Penilaian perlu diukur sejauh mana akh tadi berjaya ditingkatkan kualiti hubungannya dengan Allah, berapa tercapai muwasofat peribadi robbaniy pada dirinya?.

Apa masalah kita di dalam tarbiyah ?

Masalah kita di dalam tarbiyah berkisar pada dua perkara ini .

  1. Kita terlalu menekankan aspek pengurusan, teknikal dan formaliti. Kita lupa menekankan aspek terpenting dan bersifat asasi untuk mencapai objektif pembinaan atau tarbiyah iaitu perubahan positif di dalam peribadi dan tingkah laku mutarobbi sehingga terbina peribadi robbaniy yang memiliki zatiah da’iyah. Kejayaan tarbiyah apabila kita berjaya memperkukahkan asas ini, membajai prinsip ini, berpegang kepada matlamat tarbiyah dan risalah dakwah.
  2. Bercampur aduk di dalam memahami dua perkara iaitu matlamat dan wasilah tarbiyah. Sebahagian murobbi menyangka bahawa tarbiyah akan sempurna bila dia melaksanakan semua aktiviti atau acara tarbiyah lalu dia lupa untuk memahami bahawa wasilah adalah wahana untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu membina “Peribadi Robbani’.

Setiap Murobbbi perlu faham tujuan tarbiyah dan wasilah tarbiyah. Di dalam tafkir murobbi tidak boleh terpisah  antara matlamat dan wasilah. Ketidakfahaman ini akan menggagalkan proses tarbiyah bagi mencapai objektif terpenting tarbiyah iaitu perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku adalah bertujuan untuk kita membina Super Muslim Robbaniy dan Super Da’ie Mutaharrik.

 

Oleh:

Ustaz Azizee Hasan
Blog : Maalim Fi Tariq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s