Harga Ayam dijangka Naik Ramadhan Ini

AMMAN, 3 JULAI – Penurunan pengeluaran ayam segar akan mengakibatkan peningkatan harga ayam di pasaran yang dijangka berlaku pada masa terdekat, berkata pemimpin sektor pada hari Selasa lepas.

Abdul Shakour Jamjoum, Presiden Jordanian Poultry Producers Union berkata ramai penternak ayam baru-baru ini buat sementara waktu,  berhenti melakukan kerja penyembelihan untuk bulan Ramadhan akan datang, maka menyebabkan harga ayam segar naik dari  JD1.30 ke JD1.40 bagi setiap kilogram.

Beliau berkata, penternak ayam mengambil inisiatif untuk menghentikan pengeluaran ayam seketika kerana sebahagian daripada mereka bimbang  ayam mereka mungkin tidak berjaya dijual atau mudah mengalami kerosakan.

“Pengeluaran ayam akan kembali seperti biasa selepas bulan Ramadhan dan harga ayam segar dijangka turun kembali dengan ketara,” katanya kepadaThe Times Jordan.

Jamjoum berkata terdapat kira-kira 2,500 penternak ayam di Jordan menghasilkan kira-kira 200,000 tan ayam segar setiap tahun, sambil menambah beliau berkata bahawa harga ayam jarang sekali meningkat sebanyak lebih daripada JD0.10 atau JD0.15 bagi setiap kilo.

Pengeluaran ayam di Jordan setakat ini Berjaya memenuhi permintaan pasaran tempatan katanya, tambahan dengan import ayam beku dari Brazil dan negara-negara lain, beliau berkata ini bermakna juga kurang kemungkinan bahawa kenaikan harga ayam yang mendadak.

Sumber: Jordan Times

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s