Jalinan Ukhuwah Musim Rabi’ (JUMR) membawa tema "Adios Jahiliyyah!"

“Selamat tinggal duniaku, Lambaianmu yang menipu, Jangan kau rindukan daku,
oleh cintamu yang palsu”

“Adios Jahiliyyah!”, itulah seruan tema yang telah membakar semangat para peserta dalam rehlah baru-baru ini atau lebih dikenali dengan nama Jalinan Ukhuwah Musim Rabi’ (JUMR). JUMR pada kali ini telah diadakan pada 27 April yang lepas bertempat di kawasan sekitar Ajloun dan disertai oleh 81 orang akhawat.

Para peserta berkumpul pada jam 6.30 pagi untuk mendengar sedikit taklimat. Tepat jam 7.15 pagi, kami bergerak dengan 3 ‘coaster’ dan 1 MPV ke Ajloun. Dalam setiap ‘coaster’ telah ditetapkan beberapa orang ketua bagi menerangkan tentang wajibat serta mengepalai nyanyian lagu tema JUMR iaitu ‘Remaja Islam Bangkitlah’ yang sedikit sebanyak berkisar tentang penyucian akhlak diri untuk terus bangkit dan berjuang demi Islam yang dicintai. Semangat yang berkobar-kobar untuk JUMR pada kali ini serta nyanyian lagu tema yang seiring telah menjadikan perjalanan selama 45 minit kami seolah-olah hanya beberapa minit sahaja.

Setibanya di Ajloun, semua peserta dikehendaki berkumpul untuk sesi taklimat ringkas daripada ketua Biro Program dan diteruskan dengan ‘game’ pertama yang berobjektifkan taaruf. Walaupun ada dalam kalangan akhawat yang telah lama saling mengenali dan ada juga yang baru berkenalan selama beberapa bulan dan hari, sesi ‘game taaruf’ ini langsung tidak menampakkan jurang perbezaan antara mereka seolah-olah yang baru kenal seakan-akan lebih rapat dan mesra. Selesai sesi berkenal-kenalan, tentatif JUMR diteruskan lagi dengan beberapa permainan yang telah dirancang rapi oleh AJK Biro Program bagi merealisasikan matlamat JUMR pada kali ini iaitu untuk mengikis karat-karat jahiliyyah yang masih berbaki dalam diri. Antara pengajaran yang diselitkan adalah dari segi menjaga ikhtilat, memilih kata-kata yang baik dalam perbualan seharian, berbelanja dengan garis sempadan serta penggunaan masa yang bermanfaat.

Setelah semua peserta bersama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan sesi ‘game’, untuk kemuncaknya mereka telah disajikan dengan tazkirah ringkas dan padat yang cukup menusuk ke kalbu bagi mensifarkan jahiliyyah yang masih berbaki dalam diri bagi melalui hari-hari yang mendatang. Selain itu, mereka juga dihidangkan dengan persembahan pantomin oleh beberapa orang akhawat bagi memberi kesedaran tentang sikap jahiliyyah yang kadang-kadang kita sendiri melakukannya tanpa disedari atau dengan kata lain, sedar tetapi sengaja membutakan mata hati untuk muhasabah diri sendiri.

Kemudian, para peserta sekali lagi berpeluang untuk menjalin kasih sayang sesama ahli kumpulan apabila diberi tugasan untuk membakar ayam dalam kumpulan masing-masing. Mungkin inilah waktu yang dinantikan oleh semua peserta JUMR untuk saling bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita kerana pada hari-hari biasa, peluang untuk bersembang sebegini sangat jarang didapati terutamanya jika adanya perbezaan umur dan universiti.

Seusai makan dan mengemas barang-barang, tepat jam 1.30 petang, kami bertolak pulang dengan harapan JUMR pada kali ini membawa 1001 manfaat dalam diri, seiring sejalan dengan tema JUMR iaitu “Adios Jahiliyyah” atau yang membawa maksud “Selamat Tinggal Jahiliyyah”.  Memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w., “Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka ia akan memperoleh kemanisan iman: Allah dan Rasulnya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya. Dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api”. Terasa begitu indahnya hidup jika tidak dikotori dengan jahiliyyah secara sengaja atau pun tidak.

Sesungguhnya, setiap mukmin tidak cukup sekadar untuk mengaku bahawa dia beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya sahaja, bahkan menjadi kewajipan untuk membentuk diri dan kehidupannya dengan manhaj Islam. Dia mestilah meninggalkan jahiliyyah secara menyeluruh. Ini kerana Islam tidak menerima sebarang percampuran antara keduanya!

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.” [Al-Baqarah : 208]

 

Disediakan oleh:

Nursyuhada Zulkipli
Pengarah JUMR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s