Jaulah Bumi Anbiya’ (Akhawat ISMA Korea)

“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.”67: 15

SEOUL, 27 Januari – Akhawat ISMA Korea buat julung kalinya berkesempatan untuk berjaulah ke bumi anbiya’ pada cuti musim sejuk lalu. Jaulah ini disertai oleh 3 orang akhawat yang telah ke Mesir dan Jordan selama 3 minggu. Kehadiran kami ke bumi anbiya’ disambut dengan mesra sekali oleh akhawat ISMA Mesir dan Jordan. Keberadaan kami di Mesir memberi kesempatan kepada kami untuk mengikuti program-program seperti Rehlah Ukhowi, membawa kami menyelusuri kisah sirah nabi Musa A.S dan program anjuran Helwa Mesir di Sayeda Zainab manakala di Jordan kami berpeluang mengikuti program Odyssey selama 3 hari di pantai Aqabah. Kami juga sempat menjalinkan ukhuwah bersama akhawat Iskandariah dalam satu program diaturkan khas untuk mempertemukan akhawat dari dua benua berbeza ini. Sepanjang jaulah, kami juga sempat melawat tempat-tempat bersejarah yang dikisahkan dalam qalamullah seperti ukiran hebat kaum nabi Saleh di gua, piramid, Jabal Musa, Sungai Nil, Gua Ashabul Kahfi dan banyak lagi.

Gua Ashabul Kahfi, Jordan

Setiap langkah kami membawa kami kembali ke zaman-zaman terdahulu dan menimbulkan keinsafan dan penghayatan mendalam bila mana kami dapat melihat sendiri kebesaran Allah dalam memelihara segala tinggalan sejarah agar memberi iktibar kepada umat zaman ini. Bukti jelas yang terbentang membuatkan diri kerdil ini insaf dan gerun atas kekuasaanNya, terdetik di hati tanpa sedikit keraguan pun bahawasanya Allah mampu untuk menggantikan umat yang ada sekarang dengan umat yang lain jika kita mendapat laknat dan kemurkaan daripadaNya. Terlalu banyak khazanah di bumi anbiya’ untuk dijadikan iktibar dan panduan yang kami simpan dan bawa pulang dalam memori kami. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan satu peluang amat bermakna dalam sepanjang menyelusuri jaulah ini. Pelbagai rentetan peristiwa telah berlaku yang banyak meninggalkan kesan paling indah dalam lubuk sanubari kami.

Di sana kami belajar budaya, cara hidup, sikap dan pemikiran orang arab. Bukan hanya itu, kami juga banyak belajar melalui pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan Jordan dalam pelbagai dimensi. Pergi dengan seribu harapan, pulang dengan permata-permata kehidupan yang tidak terkira. Jaulah ini benar-benar mengubah kami dari sudut lahiriah dan rohaniah dan mudah-mudahan penghijrahan hasil jaulah ini istiqamah hendaknya.

Akhawat ISMA Korea ingin mengucapkan Jazakumullahu khairan jazzak kepada semua yang terlalu banyak membantu dan mencurahkan kasih sayang kepada kami sepanjang jaulah kami. Tidak mampu untuk kami balas jasa semua yang terlibat walau sebesar zarah melainkan doa yang tak putus kami panjatkan kepada semua agar Allah membalas jasa kalian dengan sebesar-besar ganjaran di akhirat kelak. Kami juga ingin memohon kemaafan daripada semua atas segala kekurangan dan kesilapan kami dan mohon dihalalkan penginapan, makanan, wang, dan keringat yang dicurahkan untuk menjaga kebajikan kami di sana.

Laporan diakhiri dengan kata-kata ikhlas daripada hati kami kepada akhawat bumi anbiya’.

이집트, 요르단 아커왓들에게

그 동안 너무 감사하고 즐거웠습니다.

비록 처음으로 만났지만 몇 년 만에 못 만난 친한 친구 다시 만난 것처럼 반가웠습니다.

우리 친밀한 우정 영원히 지속되길 바라겠습니다.

Ahli Jaulah,

Siti Baizura Binti Busairi
Tahun 4 Kejuruteraan Kimia, Hanyang University

Azza Sofia Binti Azizan
Tahun 4 Kejuruteraan Elektronik, Hanyang University

Nurul Nadzirah Binti Murtadha
Tahun 4 Kejuruteraan Mekanikal, Korea University

Sumber : www.ismakorea.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s