Oh Muslimah

 

 

“Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.” – Hassan al-Basri

 

Seni kehidupan / Art of Living

Situasi 1:

Dua hari lepas bayt Fudhail menerima kunjungan akhawat dari Ireland dan kelihatan masih ada pinggan-pinggan yang belum berbasuh ekoran program yang tidak henti-henti dan keterbatasan ahli rumah yang asyik kesuntukan masa. Hari ini nampaknya semua sudah mampu melepaskan penat masing-masing yang berbaki dari program namun tidak kelihatan mana-mana ahli rumah yang sudi memulakan langkah pertama menyelesaikan kerja rumah tersebut.

(Monolog dalaman)
Aminah: Arghhh, sebelum ni aku dah buat. Bagi orang lain pulak yang buat.

Suhaila:  Nantilah aku buat, qada  tido sekejaplah.

Hani:  Aku kena studilah, dah dua hari aku tinggal buku. Nanti adalah yang  basuh, Aminah tu kan pengemas. Dia basuhlah tuh nanti

Maisarah: Hmmmm…haha, ish teruklah dia  ni.  ( masih berteleku di depan laptop tanpa reaksi)

Situasi 2 :

Syahirah: ( kelihatan sibuk menekat punat-punat telefon dan dalam usaha menghubungi seseorang)

Ayuni: Kringg…Kringgg…Siapalah pulak yang telefon ana malam-malam ni? Owh, kak Syira.

Syahirah : Assalamualaikum Yuni….Keifik, Yuni sihat tak?

Ayuni : Wassalam kak Syira. Ana alhamdulillah sihat, kak Syira sihat tak? Ada apa-apa ke sampai kak Syira ‘call’ ana malam-malam ni?

Syahirah : Ish, pandai je enti meneka. Ana memang ada nak beritahu sesuatu kat Yuni, enti nak tak kalau ana calonkan enti jadi mas’ulah untuk program bulan 3 ni?

Yuni: Program bulan 3 kak Syira? Program jaulah tuh eh, ana bukan apa kak Syira. Ana segan , ana rasa ana tak mampulah kak Syira. Ana bukan macam akhawat lain, ana dulu sekolah biasa je pun.

Situasi 3

2 orang akhawat bertemu di sebuah program

Anna: Fisah, lamanya ana tak jumpa enti.

Fisah : Ana pun lama sangat tak jumpa enti …enti macam mana sekarang sihat?

Anna: Alhamdulillah sihat, eh Fisah . Enti tahu tak kelmarin ana ada jumpa akhawat kita yang baru je kahwin kat Malaysia? Apa nama dia, ana lupa pulak.

Fisah : Ish, nama akhawat tuh kak Hannalah…

Anna : Kak Hanna tu semakin berseri –seri sekarang , maklumlah orang baru kahwin.

Fisah: Alah, biasalah tuh. Nanti giliran Enti pulak kan?

Anna: (tersipu-sipu malu)

Ulasan bagi situasi 1:

Tidak dapat dinafikan yang bukan hanya akhawat malah ikhwah mungkin menghadapi masalah yang serupa. Tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan bermasam muka antara ahli rumah mahupun bertengkar tentang perkara remeh-temeh. Namun, di sini sikap ‘tasamuh’ memainkan peranan yang sangat penting. Tasamuh iaitu bertolak ansur akan wujud sekiranya ahli rumah memahami peranan dan tugas yang setiap orang harus mainkan.

Malahan, jika kita lihat situasi ini sebenarnya boleh diaplikasikan bukan sahaja dalam sebuah rumah tetapi juga ada keperluannya dalam organisasi malah dalam agama kita yakni Islam. Jika semua orang beranggapan ada  orang yang akan mengambil alih tugasnya, maka semua tugas tidak mampu dijalankan dengan baik kerana semua orang bersikap lepas tangan.

Begitu juga dengan isu agama kita di mana semua orang bersikap lepas tangan dan merasakan bahawa golongan ustaz, kiai dan ulama’ yang lebih layak melaksanakan tanggungjawab tersebut kerana itu kemahiran mereka. Maka, berlakulah seperti keadaan semasa di mana agama kita diperkotak-katikkan dan umat Islam sendiri tidak mampu mempertahankan agama mereka.

Ulasan bagi situasi 2:

Salah satu sifat yang tidak semua orang miliki ialah untuk menjalani kehidupan seoptimis mungkin. Hakikatnya, tidak salah untuk kita mengingati masa silam kita. Tetapi, ada perbezaan antara orang yang mengingati dan menggunakannya sebagai satu batu loncatan untuk meneruskan saki-baki hidup dan orang yang seolah-olah terperangkap dengan masa silamnya sendiri. Jika kita selusuri sekalipun kisah para sahabat iaitu Umar al-Khattab.

 Sebelum memeluk agama Islam, Umar ialah seorang yang dikatakan sangat bengis sehinggakan mampu membunuh anak perempuannya sendiri. Dan kehebatan Umar terbukti apabila beliau memeluk agama Islam, lahir Umar sebagai seorang pejuang agama yang tiada tolok bandingnya. Umar juga pernah menyebut :

 “ Kalau dahulu aku berjuang bermati-matian menegakkan agamaku, kenapa sekarang tidak? Kenapa setelah aku memeluk agama Islam aku tidak  melakukan hal yang sama?”

 Subhannallah! Ini adalah contoh rijal yang lahir hasil dakwah dan tarbiyah. Mungkin kita tidak mampu menjadi seorang srikandi ibarat Umar al-Khattab tetapi kita masih mempunyai pilihan untuk mencontohi beliau.

Allah SWT turut berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13:

“Sesungguhnya orang yang mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa”

 Teruskan mengorak langkah kerana Allah tidak melihat pada masa silammu, tetapi Allah hanya melihat pada ketakwaanmu. Pentingkan pandangan Allah daripada pandangan sepi manusia.

Ulasan untuk situasi 3:

Ta’aruf ialah langkah pertama menjalinkan tautan hati. Komunikasi kunci utama untuk memikat hati mad’u namun kata-kata ini turut memainkan peranan yang penting. Sepertimana yang diceritakan dalam Isra’ Mikraj dan disaksikan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala.

Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain. Pentingnya percakapan seseorang itu kerana seolah-olah percakapan itu sebenarnya menzahirkan luahan kandungan hati seseorang.

Percakapan sebenarnya melambangkan kematangan idea dan buah fikiran dan pada masa yang sama hakikat apa yang menjadi prioriti hidup empunya diri. Suatu kerugian apabila melalui dan merasai sendiri jalan tarbiyah ini tapi kita ; ikhwah mahupun akhawat masih berada di takuk yang sama. Masih menceritakan hal yang sama yang sebenarnya tidak membezakan kita dengan orang lain.

Sewajarnya terdapat segala macam masalah ummah yang memerlukan perhatian kita , yang memerlukan idea bernas kita untuk menyelesaikannya. Bukan menafikan kepentingan isu lain, tetapi paling kurang berbincanglah dengan cara yang lebih berilmiah , lebih bijaksana dan berdiskusi lebih baik. Ummah lebih perlukan kita, maka berkatalah apabila perlu dan jika kamu rasa tiada apa yang kamu ingin katakan, maka berdiam diri itu lebih baik.

 

Tiap sosok tubuh yang bergelar manusia memang tidak sempurna, namun kita juga diberi peluang untuk sentiasa memperbaiki diri.

Kesimpulan:

Sebenarnya berbicara tentang seni kehidupan agak rumit kerana ia melibatkan seluruh aspek kehidupan manusia dan seni kehidupan itu sendiri skopnya amat luas tapi aspek yang saya bincangkan cuma dari sudut tiga aspek. Pentingnya seni kehidupan kerana ia sendiri seolah-olah menggambarkan peribadi manusia yang lahir dengan kewujudannya.

Tuntasnya, ada manusia yang lahir dengan seni ini namun ada juga yang tidak. Namun, manusia sentiasa diberi peluang. Ada yang belajar melalui pengalaman dan ada pula yang sudah tahu cuma tinggal masa untuk mengamalkannya sahaja. Ada juga yang berpeluang untuk belajar dengan mereka yang lebih berpengalaman.

Akhir kata, tidak perlu risau jika anda tidak memiliki seni ini kerana anda sentiasa berpeluang untuk belajar dari kehidupan. Hidup itu suatu proses pembelajaran dan belajarlah dari kesilapan yang dilakukan. Moga pisang tidak berbuah dua kali, InsyaAllah.

 Moga jari-jari yang aktif menekan punat-punat ‘keyboard’ melakarkan artikel berbentuk peringatan buat ikhwah dan akhawat lebih dahulu terdorong untuk mempraktiskan benda yang sama. InsyaAllah, moga Allah mudahkan.

 

MAKSUD PERKATAAN

qada : ganti

keifik : apa khabar dalam bahasa Arab Jordan

mas’ulah : orang yang bertanggungjawab (perempuan)

jaulah : jalan-jalan

enti : awak (perempuan)

rijal : lelaki

ta’aruf : berkenal-kenalan

mad’u : orang yang didakwah

Oleh:
Nur Izyan Omar
Tahun 2 Pergigian
Jordan University of Science and Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s