Outdoor Camp (ODC) ISMA Jordan 2012 menyerlahkan semangat pemuda!

AQABAH, 4 Februari – ISMA Jordan telah mengadakan Outdoor Camp 2012 atau lebih dikenali sebagai ODYSSEY’ 12 di pantai Aqabah pada 2-4 Februari 2012.

Tepat jam 6.30 pagi para peserta seramai 150 orang telah berkumpul di hadapan Isyarah Iskan, Irbid, sebelum bergerak pada pukul 7.15 pagi, dengan 3 buah bas yang ditempah khas. Semasa di dalam bas, pihak urusetia mengisi masa terluang dengan membuat beberapa ice breaking bagi mengeratkan lagi ukhwah antara para peserta. Mereka juga diberikan tugasan untuk menghabiskan tilawah setengah juz daripada juz 30 sepanjang tempoh program berlangsung.

Tepat jam 2.30 petang, para peserta tiba di Aqabah. Para peserta dikehendaki berkumpul di satu dewan yang telah ditempah khas bagi mendengar sedikit taklimat dari pihak urusetia. Para peserta diberikan masa rehat untuk solat,makan dan KULTUM (kuliah tujuh minit) bersama ahli kumpulan di bilik penginapan masing-masing. Pada jam 6.00 petang, program outdoor camp ini dimulakan dengan modul pertama yang bertajuk : 10 Ciri-ciri Muslim Unggul, yang disampaikan oleh En.Zaim bin Shaari.. Malam yang diselubungi bayu pantai Aqobah diteruskan dengan modul kedua, Jendela Dunia oleh Dr. Zainur Rashid Zainuddin. Pengisian ini telah membuka minda para peserta mengenai isu semasa yang berlaku di dunia hari ini.

Hari kedua dimulakan dengan outdoor games pertama pada jam 6.30 pagi di pantai yang berdekatan dengan kawasan penginapan para peserta, dimana outdoor games ini bertujuan adalah untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang proaktif di samping memupuk semangat persaudaraan dalam kalangan pelajar Malaysia di Jordan. Aktiviti diteruskan lagi dengan LDK berkaitan dengan modul kedua iaitu Jendela Dunia. Sesi perdebatan telah diadakan dikalangan para peserta untuk melihat sejauh mana keyakinan para peserta dalam menyampaikan hujah-hujah bernas mereka. Perdebatan yang berkisarkan isu semasa dunia menghangatkan lagi LDK pada tengah hari itu dengan idea-idea yang sangat mantap dari para peserta.

Pada jam 1.30 petang, satu forum yang bertajuk Generasi Pemuda dan Perubahan telah disampaikan oleh dua orang moderator yang tidak asing lagi dalam program ini yang sungguh menceriakan petang itu iaitu En. Zaim dan Dr. Zainur Rashid, ditampilkan bersama dua orang panelis hebat iaitu akh Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip, Presiden ISMA Jordan, dan akh Ahmad bin Khairuddin, Ketua Biro Dakwah ISMA Jordan. Forum ini membuka minda para peserta untuk menjadi agen pengubah dunia.

Aktiviti diteruskan dengan outdoor games kedua iaitu explorace yang sangat mencabar fizikal dan mental para peserta. Namun peserta yang hadir bersemangat untuk menamatkan explorace, walaupun dalam keadaan yang penat, hingga pukul 5.30 petang. Setelah itu, pada jam 7.00 malam, para peserta disajikan dengan modul ketiga bertajuk Antara Ijazah dan Risalah yang disampaikan oleh Dr. Zainur Rashid Zainuddin. Modul kali ini menguatkan lagi azam dalam diri para peserta untuk berjaya dalam pelajaran dan dakwah yang dibawa demi mencapai redha Allah.

Malam berlabuh diserikan lagi dengan slot Family Ceria dan pertandingan persembahan dari setiap kumpulan berasingan dengan peserta ikhwah dan akhwat. Pelbagai persembahan yang mencuit hati para juri pada malam itu dipersembahkan, membuktikan bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia Jordan.

Pada hari ketiga bersamaan 4 Febuari 2012, pagi-pagi lagi para peserta sekali lagi dicergaskan fizikal dan mental dengan outdoor games. Walaupun keadaan yang sejuk menusuk kalbu, para peserta terus bersemangat dan aktif. Semangat bekerjasama, sabar, kreatif dan saling membantu – dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada pagi itu. Setelah tamat permainan para peserta dikehendaki balik ke bilik masing-masing untuk mengemas barang dan bersiap untuk majlis penutup ODYSSEY 2012. Tepat jam 10.00 pagi majlis penutup bermula. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang sungguh syahdu oleh En.Zaim serta anaknya, Ahmad Faiz. Outdoor Camp 2012 ‘ODYSSEY’12’ berakhir dengan sesi penggambaran. Semua peserta bertolak pulang ke Irbid pada jam 12.30 tengah hari.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Respon dari para peserta kebanyakannya sangat memberangsangkan. Mereka mengharap agar program seperti ini diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Menurut salah seorang peserta;

ODC is the best, sangat menyentuh jiwa saya. Membangkitkan lagi semangat untuk terus thabat dalam jalan dakwah’.

Semoga kita sama-sama melakukan satu anjakan paradigma ke arah membangunkan umat Islam yang hebat di kaca mata dunia. Semoga bertemu lagi di ODYSSEY 2013 insyaAllah.

Oleh:
Ainon Radhiah Zamri
Setiausaha ODC 2012

2 thoughts on “Outdoor Camp (ODC) ISMA Jordan 2012 menyerlahkan semangat pemuda!

  1. Pingback: Jaulah Bumi Anbiya’ (Akhawat)

  2. Pingback: Jaulah Bumi Anbiya’ (Akhawat ISMA Korea) : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s