Forum Pengenalan Jordan secara langsung di Islamic Studies of Middle East Program (ISMEP) 2012

IRBID, 11 Februari – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan telah menerima jemputan khas dari pihak urusetia Islamic Studies of Middle East Program (ISMEP) 2012 untuk menyampaikan sebuah forum mengenai pengenalan kehidupan dan pembelajaran di Jordan.

ISMEP merupakan kelas seminar persiapan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke pengajian-pengajian di timur tengah khususnya Mesir, Jordan, Syria, dan lain-lain anjuran Sekretariat Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (SEKTAR).

Forum tersebut telah dijalankan secara langsung dari Irbid, Jordan dan disaksikan oleh para peserta ISMEP 2012 yang berada di Dewan Kuliah, Masjid Azlan Shah di Ipoh, Perak. Forum telah dijalankan oleh Ustaz Ammar bin Roslan, Pelajar Ekonomi dan Perbankan Islam tahun 2 sebagai moderator dan dua orang panelis jemputan iaitu Ustaz Hanis Zakwan bin Zainal Abidin, Pelajar  Fiqh Usul tahun 2 dan Ustazah Zahra’ binti Zainur Rashid, Pelajar Usuluddin tahun 1. Ketiga-tiga mereka merupakan mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti Yarmouk, Jordan.

Pihak ISMA Jordan berharap forum ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan yang sebaiknya tentang kehidupan dan sistem pembelajaran di Jordan kepada para peserta ISMEP 2012, jumpa anda di Jordan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s