Bunyanun Marsus

Bismillah.

Mr Toyota dan Keretanya

Jika dianalogikan seorang pencipta kereta Toyota dengan ciptaan beliau, tentulah setiap persoalan yang dilontarkan tentang kehebatan ciptaannya dapat dijawab dengan mudah. Dan sudah tentu setiap lekuk ciptaannya mempunyai signifikan kepada kemampuan kereta tersebut seperti daya tujahan meredah angin.

Dan begitulah juga manusia. Kita kadang-kadang terlupa bahawa kita hanyalah seorang hamba. Setinggi mana pangkat PhD yang dipegang, kemampuan akal logik kita tidak mampu menjawab segala persoalan tentang hikmah pensyariatan hukum hakam melainkan dengan kajian yang mendalam. Allah adalah pencipta manusia. Maka Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, hatta dalam soal beribadah.

Kita tidak mampu menyangkal setiap pensyariatan ada kebaikan sama ada terhadap rohani kita mahupun dari segi santifik. Sebagai contoh hikmah ibadah puasa. Dari segi rohani – ibadah puasa dapat mendidik nafsu kita, manakala dari segi santifik pula, puasa dapat memberi peluang kepada sistem penghadaman kita untuk berehat selama sebulan setelah berkhidmat kepada tuannya.

Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. [ Riwayat al-Bukhari ]

Seorang profesor Fizik dari Amerika, bernama Prof. John Herbert, telah melakukan kajian tentang kesan melakukan solat berjemaah kepada tubuh badan kita. Menurut kajian beliau, tubuh badan manusia mempunyai cas positif dan negatif. Apabila kedua-dua cas ini seimbang, kita akan berasa cergas. Sebagai contoh, setelah memperoleh rehat yang secukupnya, kita akan berasa segar pada pagi hari kerana cas positif dan negatif pada waktu itu hampir seimbang.

Manakala, pada waktu petang setelah seharian berpenat lelah bekerja dan melakukan aktiviti-aktiviti lain, badan manusia akan berasa penat kerana berlakunya ketidakseimbangan diantara dua cas ini.

Maka di sini lah hikmah galakan solat secara berjemaah. Selain daripada memperoleh 27 kali ganda ganjaran berdasarkan hadis Nabi, Prof. John Herbert telah membuktikan bahawa dengan melakukan solat berjemaah, apabila bahu bertemu bahu diantara ma’mum, akan berlakunya pertukaran cas diantara mereka. Makin banyak solat berjemaah yang dilakukan seharian, makin mudah untuk kita mencapai keseimbangan cas di dalam badan. Dengan kata mudah, semakin banyak kita melakukan solat berjemaah dalam sehari, semakin mudah untuk kita berasa cergas semula.

Nah! Agak memalukan bagi kita sebagai seorang yang lantang mengaku sebagai seorang Muslim tetapi hikmah disebalik galakan solat berjemaah bukan dikalangan kita yang mencari, mengkaji dan menyampaikan. Dan lebih menyedihkan, hanya segelintir dari kita yang betul-betul mengamalkannya.

Tetapi, ingin diingatkan semula, kita sebagai Muslim seharusnya melakukan sesuatu ibadah bukanlah atas dasar kesan positif terhadap kesihatan semata-mata. Tetapi, Muslim yang sedar akan hakikat penciptaannya – akan melakukan sesuatu ibadah atas dasar ketaatan yang tinggi kepada Sang Pencipta.

Pangkat ‘hamba tuhan’ adalah setinggi-tinggi martabat. Merasai pertanggungjawaban seorang ‘hamba tuhan’ kepada Sang Tuan tanpa berat hati, inilah yang ingin ditanam dalam jiwa kita.

Bahkan, tidakkah kita gembira sekiranya .. Allah s.w.t mengiktiraf kita sebagai ‘ibad’ Nya?

يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ
(az-Zumar)

يَا عِبَادِ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ
(az-Zukhruf)

فادخلي في عبادي وادخلي جنتي
(al-Fajr)

“Mengkaji ilmu itu adalah jihad” – Muadz bin Jabal

Namun, Islam itu tidak jumud. Bukti-bukti saintifik seperti ini perlu dihargai kerana ini sebenarnya membuktikan Islam sesuai diamalkan sepanjang zaman. Kita perlu rasa tercabar dengan penemuan-penemuan oleh saintis Barat dan menjadikannya sebagai satu motivasi untuk menguasai semula bidang ini

Akhir kalam,

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, seolah-olah mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh” [ As-Saff:4 ]

Bagaimana kita boleh terlalu yakin dengan bekalan kita yang sentiasa solat secara solo tatkala Nabi Muhammad SAW sendiri bersolat malam sehingga bengkak kaki kerana bimbang dengan bekalan Baginda di sana. Maksum sangatkah kita? Ayuh sambut seruan imam di masjid mahupun imam di rumah kerana golongan kufar gerun melihat umat Islam dalam barisan yang tersusun.

Semoga orang yang menulis ini terlebih dahulu beramal. Bukan hanya sekadar kencang berkata-kata di alam maya.

Wallahua’alam

Oleh:
Nurul Fauwiza Mohd Fauzi
Tahun 2 Perubatan
Jordan Univesity of Science and Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s