Jejak Sunnah dan Kelebihan Selawat



Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah 12 Rabi’ul Awal datang lagi dan sekali lagi kita berpeluang menyambut hari keputeraan baginda pada tahun ini. Pastinya setiap umat Islam di seluruh dunia ini tidak akan melepaskan peluang meraikan tanggal yang penuh bersejarah ini dengan pelbagai aktiviti yang mengingatkan kita dengan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Ternyata kebanyakan daripada kita memang sangat mencintai baginda.

Jejak sunnah

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Namun, kalau dah cinta mana pula buktinya? Oleh itu, tidak cukuplah dengan hanya mengatakan cinta kepada baginda sudah lengkap perasaan kita itu. Salah satu cara untuk membuktikan kehebatan rasa cinta adalah dengan melakukan perkara yang baginda suka iaitu tidak lain dan tidak bukan dengan menjejaki sunnahnya.

You know you really love someone when you love something they love for no other reason but because they love it – yasmin mogahed

Kadangkala kita suka melakukan sesuatu tanpa ada sebab yang kukuh, tapi hanya kerana orang yang rapat atau kita sayang – suka melakukannya – maka kita lakukannya. Begitu lah sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian. Bertepatan dengan kata-kata Yasmin Mogahed ini, lantaran benar-benar mencintai Rasulullah, kita menjejaki sunnahnya bukan kerana sebab-sebab lain tetapi hanya kerana kasih kita kepada baginda dan semua ini pasti ada kelebihannya.

Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: ‘Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ‘ (Riwayat Tarmidzi)


Dalam riwayat yang lain pula baginda bersabda,

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi)

Berada di syurga dengan baginda dan memperoleh ganjaran pahala seratus orang mati syahid. Ada yang tidak mahu?

Berselawat menyemarakkan rasa cinta

Salah satu perkara yang sangat mudah untuk dilakukan dan sebagai tanda kita ingat kepada baginda adalah dengan berselawat. Antara kelebihan berselawat ialah :

1. Keutamaan memperoleh syafaat

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

2. Selawat yang dilafazkan akan ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

3. Sepuluh kali rahmat daripada Allah s.w.t

Nabi saw. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (HR Baihaqi)

Oleh itu, apa tunggu lagi? Kalau benar kata cinta, buktikan!

Oleh,

Fatin Hamidah Mustafa
Tahun 2 Perubatan
JUST Jordan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s