Jawapan Kuiz Palestina ROQS 2012

1) Semenjak dahulu, Al-Aqsa telah menjadi perebutan diantara 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Soalan : Apakah signifikan Al-Aqsa kepada umat Islam.

J: Al-Aqsa adalah masjid ke-3 tersuci di dalam agama Islam


2)  Apakah sumbangan utama Saidina Umar terhadap Al-Aqsa

J: Membebaskan Al-Aqsa dari empayar Rom yang zalim


3) “Sesiapa yang berjaya menguasai Palestin, mereka akan menguasai dunia”

Soalan : Siapakah yang telah mengungkapkan kata-kata ini?

J: Salahuddin Al-Ayubi


4) Perang Hittin telah meletus di Tiberias yang kini dalam wilayah Israel pada Sabtu, 4 Julai 1187. Peperangan ini berlaku diantara tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan tentera Salib.

Soalan : Apakah sebab utama meletusnya peperangan ini.

J: Tentera Salib telah melanggar perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah


5) “Sesungguhnya saya memerintahkan kamu dan tentera yang bersamamu agar bertakwa dalam semua perkara. Kerana bertakwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk berhadapan dengan musuh. Sesungguhnya kemenangan tentera Islam adalah disebabkan maksiat tentera musuh kepada Allah. Jika tidak kita tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk menewaskan mereka.” – Saidina Umar Al-Khatab.

Soalan : Berikan contoh peribadi Salahuddin al-Ayubi yang membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang bertakwa berdasarkan ‘link’ yang telah diberikan.

http://zainurrashid.com/?p=184fb_source=message

J: Salahuddin tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab


6) Salahuddin al-Ayubi tidak berkesempatan menunaikan haji sepanjang hayatnya. Kenapa?

J: Mempertahankan Al-Quds dari ditawan semula tentera Salib


7) 21 Ogos 1969 adalah satu titik hitam dalam sejarah umat Islam. Pada tarikh ini Michael Rohan dengan kerjasama rejim Zionis telah mengadakan pakatan untuk membakar al-Aqsa.

Soalan : Apakah objektif utama yang ingin dicapai oleh Yahudi dalam agenda mereka ini?

J: Untuk melenyapkan Al-Aqsa di muka bumi ini


8) Syeikh Ahmed Yassin telah lumpuh semenjak berumur 12 tahun kerana terjatuh ketika beriadhah . Namun sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dalam mempertahankan Palestin tidak dapat disangkal lagi. Pihak Zionis telah membunuh beliau pada subuh 22/3/2004 ketika beliau sedang pulang dari masjid setelah solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket yang telah dilancarkan mengorbankan beliau serta empat yang lain serta anaknya.

Soalan : Apakah sumbangan terbesar Syeikh Ahmed Yassin dalam misi membebaskan Palestin.

J:  Menubuhkan HAMAS


9) “Saya boleh menghapuskan semua bangsa Yahudi ketika saya berkuasa, tapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali siapakah sebenarnya bangsa Yahudi dan mengapa saya membunuh mereka” – Adolf Hitler.

Soalan : Berikan satu contoh dalam sirah Nabawiyah tentang keburukan sifat orang Yahudi.

J: Peristiwa Perang Khaibar. Seorang wanita Yahudi telah meracuni bahagian paha kambing yang dihidangkan kepada Rasul SAW.

: Mereka mengingkari janji terhadap Nabi Musa a.s untuk beriman kepada Tuhan yang Esa. Allah menurunkan manna dan salwa sebagai makanan untuk mereka setelah sesat selama 40 tahun di padang pasir yang kering kontang setelah melarikan diri dari Firaun. Namun mereka masih mengingkari janji untuk beriman kepada Allah. Rujuk asbab nuzul Surah al-Baqarah ayat 57 dan Surah Toha ayat 80.

: Seorang tukang emas berbangsa Yahudi dari Bani Qainuqa’ telah memaksa seoarang perempuan Islam untuk membuka hijabnya. Wanita itu berkeras dengan pendiriannya untuk menjaga kehormatan beliau. Yahudi itu telah diam-diam mengikat hujung kain perempuan itu sehingga terdedah sebahagian auratnya  semasa hendak melangkah. Seorang lelaki Muslim yang melihat kejadian itu telah memukul Yahudi itu sehingga mati. Akhirnya Muslim itu telah dibelasah beramai-ramai oleh Yahudi lain yang berada di situ sehingga mati. Peristiwa itu menyebabkan umat Islam Madinah bangkit menentang Yahudi Qainuqa’ sehingga mereka berjaya ditewaskan dan diusir dari Madinah.

: Rasul SAW bersama Abu Bakar, Umar, Ali dan sebilangan sahabat yang lain menemui kaum Yahudi bagi memperolehi sebahagian dari pampasan yang hendak dibayar kepada keluarga 2 orang berketurunan Kilab yang dibunuh oleh Amru bin Umaiyah al-Dhamri kerana mengikut Perjanjian Madinah kaum Yahudi harus menanggung bersama pampasan seperti ini. Beberapa orang Yahudi telah berjanji dengan Rasul SAW dan meminta Rasul SAW tunggu seketika berhampiran dinding mereka.

Orang Yahudi telah berbincang sesama mereka dan membuat pakatan untuk membunuh Rasul SAW dengan membaling lesung dari atas bumbung rumah. Amru bin Jahsyi menawarkan diri untuk melaksanakan konspirasi terkutuk itu. Tetapi Rasul SAW telah terselamat apabila malaikat Jibrail memberitahu Baginda tentang perkara itu . Maka Baginda bersama  para sahabat pulang semula ke Madinah.

: Mana-mana jawapan berdasarkan fakta yang sahih dan berkaitan


10) Syeikh Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al-Qassam adalah pejuang Palestin yang yang berasal dari Syria . Antara pendekatan yang digunakan oleh beliau dalam menaikkan semangat jihad dikalangan penduduk Palestin adalah mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.

Soalan : Apakah pengajaran yang boleh anda pelajari dari pendekatan Syeikh Izzudin

J: Ukhwah adalah asas kepada perjuangan. Umat Islam akan lemah tanpa kesatuan yang utuh


11) Sabra dan Shatila adalah 2 daripada kem pelarian Palestin. Kira-kira 3,000 orang pelarian terkorban dalam tempoh 48 jam semasa tragedi hitam yang berlaku pada 16-18hb September 1982 yang didalangi oleh Zionis. Soalan: Dimanakah terletaknya kem Sabra dan Shatila.

J : Beirut, Lubnan

12) Sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah Palestin pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Soalan : Siapakah orang yang bertangunggjawab dalam mengembalikan semula kuota kependudukan Palestin kepada umat Islam?

J: Saya


13) Apakah signifikan Tembok Buroq dalam peristiwa Isra’ Mikraj?

J: Nabi Muhammad SAW telah mengikat buroq di tembok ini


14) Apa yang anda tahu tentang peristiwa Nakbah?

J: Tragedi penubuhan negara haram Israel


15) Beri satu ayat di dalam Al-Quran yang dapat menggambarkan sikap orang Yahudi dan Nasrani terhadap umat Islam.

J: Surah al-Baqarah:109


16) Apakah kesan revolusi rakyat Mesir terhadap Palestin.

J: Sempadan Mesir-Gaza dibuka


17) Siapakah Perdana Menteri Gaza kini?

J: Ismail Haneyya


18) “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Baqarah: 190).

Soalan :Apakah peraturan peperangan yang telah ditetapkan dalam Islam

J: Dilarang memusnahkan rumah ibadat


19) “Recognition of a Palestinian state was not an option but an obligation.It’s time to raise the Palestinian flag at the United Nations. Let’s raise the Palestinian flag and let that flag be the symbol of peace and justice in the Middle East.” – Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki.

Soalan : Apakah peristiwa yang telah berlaku yang membuatkan Perdana Menteri Turki mengeluarkan kenyataan ini.

J: Israel telah menghalang kapal bantuan kemanusiaan Turki ke Gaza dan membunuh 9 sukarelawan berbangsa Turki


20) Berikut adalah tindakan praktikal yang boleh anda lakukan sebagai manifestasi kepedulian anda terhadap isu Palestin kecuali

J: Membeli barang boikot








One thought on “Jawapan Kuiz Palestina ROQS 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s