Dulu & Kini.


18 Disember 2005, Johor.

Kosong. Tak terisi. Tak kufahami. Tak mengerti. Tak mengetahui.
Tak pernah mencari, tak juga memberi. Malah tak pernah juga,
usaha memiliki.

Betapa sangat dikesali akan waktu yang berlalu sepi
detik-detik yang dibiarkan pergi tanpa ada amal mengekori,
yang menjadi penyelamat diri, di alam kekal abadi.

Tak pernah berfikir, apatah lagi menghayati.
Tak juga melihat, dengan mata hati.
erti sebenar kehidupan dunia. erti menjadi hamba.
juga erti mengabdi diri kepada Dia Sang Pencipta.

Entah apalah yang ada di hati. di mana Rabbi juga tidak ku pasti.

Sungguh, tak mampu diingatkan lagi. Tak mahu diimbas kembali.
Tak sanggup dikenang lagi. Tak ingin mengulanginya walau sekali.

Biarlah..
biarlah ia menjadi sejarah. biarlah ia dijadikan semangat
bagi membakar diri mengislah peribadi mengubah jati diri
agar semuanya diredhai, agar dapat memberi, agar juga dapat memiliki
hati yang murni dan dekat dengan Rabb Izzati.

18 Disember 2011, Jordan.

Hari ini, detik ini, saat ini,
sering ku fikirkan keadaan diri.
apakah cukup bekalan dibawa, ilmu di dada,
akhlak mulia, atau sudah kah hati menjadi kaya.

Apakah juga amalku diterima?
mungkinkah lompong sini dan sana, banyak lagi cacat dan celanya.

Apa yang pasti, tak mungkin dibiarkan lagi
diri menjadi mangsa oleh nafsu yang hina
tak mungkin dibiarkan pergi waktu-waktu berharga
mengutip mutiara mengubah diri
menjadi hamba, sebenar-benar hamba.

Semakin hari, semakin sedar tanggungjawab yang ada
semakin diri dimamah usia, semakin mati mendekati
semakin suntuk..semakin takut.

Buat dirimu akh dihormati dan ukhti disayangi, jangan biarkan waktu berlalu.
jangan biarkan saat itu pergi, jangan lagi dibiarnya sepi
tanpa dirimu sedar, tiada amalan menjadi bekalan.

Didik nafsu itu payah, berjuang itu pahit, jihad itu susah
tapi semua itu perlukan mujahadah – barulah terasa manis dan indah.
kerana syurga itu mahal, tak mungkin dengan amal-amal murah dapat kita membelinya.

Oleh :
Nor Farahin Bakhtar
Tahun 3 Pergigian
Jordan University of Science and Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s