Seminar Pengurusan Kewangan Efektif Meningkatkan Kesedaran Mahasiswa

IRBID, 21 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan telah menganjurkan Seminar Pengurusan Kewangan Efektif yang diadakan di Dewan Kindi, Mujamma’ Naqobat dan telah dihadiri oleh lebih 150 orang peserta dari berbagai-bagai latar belakang pengajian. Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia, Tuan Haji Mahdzir bin Md Isa yang merupakan pengasas dan rakan kongsi utama HIJRAH Wealth Management Sdn Bhd. Beliau juga merupakan Perancang Kewangan Islam (IFP) yang diiktiraf oleh Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dan juga kolumnis ruangan Jejak RM majalah popular masa kini, SOLUSI.

Majlis dimulakan pada jam 6:35 minit malam dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Majlis diserikan dengan gemaan wahyu oleh saudara Muhammad Shahir Ridzuan, pelajar tahun 1, pengkhususan Fiqh Usul, Universiti Yarmouk. Seterusnya ucapan Pengerusi ISMA Jordan, Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip. Seminar kemudiannya bermula dan berlangsung selama hampir 3 jam. Ahmad bin Khairuddin, peserta, juga merupakan pelajar tajaan Bank Negara, mengatakan seminar seperti ini sangat baik diadakan dan perlu diadakan lagi pada tahun akan datang. Beliau memberi respon positif terhadap seminar anjuran ISMA Jordan ini.

Wakil jawatankuasa, Muhammad Faiq Nabil bin Ramli mengatakan, seminar seperti ini belum pernah diadakan di Jordan khususnya di Irbid. Menurut AJK Biro Pendaftaran, Ammar bin Roslan, seminar ini mendapat sambutan hangat oleh mahasiswa Irbid, beliau juga dihujani dengan pesanan ringkas serta panggilan telefon walaupun penyertaan sudah sampai hadnya.

Seminar ini telah menyentuh statistik ekonomi Malaysia yang dikuasai oleh golongan bukan Melayu. Melayu mendapat tempat terakhir dalam statistik ekonomi Malaysia. Haji Mahdzir sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang kepentingan menguruskan kewangan bermula zaman mahasiswa lagi. Beliau mensasarkan lebih 100 orang yang menghadiri seminar ini menjadi jutawan 30 tahun akan datang.

Seminar diakhiri pada jam 9:45 malam dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah. Semoga semua peserta mendapat manfaat yang banyak serta mengamalkan cara-cara menguruskan kewangan dengan efektif.

Mahasiswa Jordan yang menyertai Seminar Pengurusan Kewangan Efektif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s