Untukmu Wanita Solehah

Siti Khadijah binti Khuwailid contoh unggul wanita solehah. Individu yang suci sebelum dan selepas memeluk Islam. Memelihara dirinya dari perbuatan jahiliyah sehingga digelar ‘Thahirah’ (suci) dan menjadi qudwah kepada masyarakat setempat. Ditemukan dengan seorang lelaki yang agung dan mulia iaitu Muhammad bin Abdullah. Menjadi srikandi yang berdiri teguh menyokong suaminya.

Ummul Mukminin ini mendampingi Rasulullah s.a.w dalam keadaan suka dan duka, reda dan tenang, sabar dan senantiasa bertawakkal dan mengharapkan keberkatan Allah s.w.t pada saat-saat kesukaran dalam menyebarkan syiar Islam. Siti Khadijah merupakan wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Keutamaannya di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi.

Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah

Selautan emas dan segunung permata bukan tandingan kerana diri wanita solehah itu lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Perhiasannya tidak akan mengaburi iman sesorang yang memandangnya malah akan terus terpelihara.

Menjadi solehah bukan hanya pada diri kita tetapi untuk seluruh umat kerana ia menggambarkan kepada masyarakat umum hakikat peribadi seorang wanita muslim. Mungkin ini adalah usaha kecil dalam menyucikan dan mengangkat nama Islam disamping menolak segala sangkaan yang sebelum ini penuh dengan fitnah. Qudwah (teladan) adalah salah satu cara dalam dakwah yang paling berkesan tanpa menyakiti mana-mana pihak malah lebih mengesani.


Teman hidup di dunia dan di syurga.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).” -(an-Nur:26).
Ini janji Allah dalam menentukan pasangan hidup untuk hamba-hambaNya. Perkahwinan merupakan satu wadah dalam menyempurnakan separuh daripada agama kita, dan sudah pasti kita mengharapkan pasangan hidup yang membantu dan bersama kita untuk menyempurnakannya sebelum bertemu Allah dan meneruskan kehidupan di syurga kelak. Impian yang besar ini tidak mungkin akan menjadi realiti tanpa apa-apa persediaan.

Jadi, layakkah kita ditemani oleh seorang hamba Allah yang soleh tanpa ada usaha dalam membaiki atau ‘mensolehahkan’  diri sendiri?

Nasab yang suci dan aset di akhirat kelak.

Anak-anak yang soleh dan solehah impian setiap ibu bapa. Hasilnya dari didikan seorang ibu dan ayah yang mampu untuk ‘mensolehah’ atau ‘mensolehkan’ diri mereka terlebih dahulu. Mereka yang akan meneruskan usaha kita dalam perjuangkan agama ini dan menjadi aset yang penting buat ummah. Oleh itu, ini adalah salah satu sumbangan yang berterusan bagi mencapai kemenangan Islam. Selain itu, kesungguhan anak-anak dalam menegakkan Islam dan doa dari merekalah yang menjadi penyelamat untuk kita di akhirat kelak. Inilah keuntungan besar yang kita akan perolehi dari usaha untuk membaiki diri dan istiqamah dengannya.

Bidadari syurga dan mulia kedudukannya.

Di akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke dalam syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari syurga. Inilah cita-cita tertinggi kita. Ukhti, mana mungkin dalam proses untuk menjadi wanita solehah yang dijanjikan dengan nikmat dan ganjaran  terbesar  ini kita tidak diuji dan diduga. Walaubagaimanapun, Allah menguji  hambaNya mengikut kemampuan. Semoga kita terus kuat!

“Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu’. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah…”

Wallahu a’lam.

Oleh :

Wan Nabilah Wan Jamil
Tahun 3 Perubatan
Jordan University of Science and Technology

2 thoughts on “Untukmu Wanita Solehah

  1. salam,
    alfun mabrouk.
    moga terus istiqamah dimjalan ini walau penuh dengan onak dan duri. kemanisannya sikit dirasa disini tapi di akhitat sana iA indah. jadilah kita yang golongan yang dapat merasai keindahan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s