Ujian dan Sabar

“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (aitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun ”
[ Al-Baqarah : 155-156 ]

KECANTIKAN SABAR

Sesungguhnya sabar itu cantik. Kenapa Allah menurunkan ujian dan menjadi keperluan untuk kita bersabar?   Memang tidak dapat kita nafikan yang manusia menghadapi pelbagai cabaran dan ujian serta mehnah dalam kehidupan seharian kita . namun sebagai muslim dan mempercayai qada’ dan qadar tuhan itu, kita percaya aturan yang Allah tetapkan itu sangat cantik dan sempurna dalam diri kita.

Ujian demi ujian membuatkan kita lebih kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku hidup kita yang penuh dengan tipu daya dan fitnah-fitnah besar yang menyesatkan.  Di sinilah membezakan antara kita dan manusia lain di sisi Allah ta’ala.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Mukmin yang kuat lebih baik dan disayangi oleh Allah S.W.T. berbanding Mukmin yang lemah.” [ Riwayat Muslim ]

Sekiranya kita lemah dan futur dalam perkara kebaikan yang kita lakukan, kemajuan untuk diri, keluarga, negara hatta untuk ummah tidak mampu kita capai dengan jayanya. Sesunguhnya kita perlu sabar dan kuat dalam membuat perkara-perkara kebaikan ini. Kemajuan Islam itu sendiri datangnya daripada kita sebagai hamba yang digalaskan khalifah di muka bumi ini.


HIKAYAT KURA-KURA DAN ARNAB

Kita lihat setiap kelebihan dan kelemahan dalam diri kita adalah satu anugerah buat Allah. Setiap juzuk dan bahagian (ujian atau kelebihan) itu berbeza di antara manusia yang lain. Bagaimana kiranya arnab yang diberi kelebihan untuk berjalan laju tetapi bongkak namun tetap tewas ketika perlumbaan dengan kura-kura. Namun, kura-kura yang tidak putus asa tetap berusaha  dengan penuh nilai kesabaran untuk terus berjalan sehingga ke garisan penamat walaupun ketika perlumbaan itu dia dikutuk kerana kelambatannya.

Begitulah juga ujian sekiranya kita menempuhnya. Ingatlah ketika, sekiranya kita berjaya menempuh ujian dan cabaran yang dihadapi  kita rasakan satu nikmat yang tidak dapat kita gambarkan.

BERSANGKA BAIK DENGAN TUHAN

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” [ Ghafir : 60 ]

Sebagai seorang yang mengimani kalimah syahadah. Kita perlu bersangka baik terhadap setiap ujian yang Allah berikan pada kita. Kita diuji supaya kita sentiasa beringat bahawa Allah sebaik-baik sandaran buat kita sebagai hambanya yang bertaqwa, kerana itulah fungsi doa sebagai senjata buat kita. Ingatlah juga sesungguhnya pakaian taqwa itulah yang paling baik buat kita.

“Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.[ Al-A’raf : 26 ]

KONKLUSI

Janganlah berputus asa terhadap rahmat dan nikmat yang Allah berikan pada kita, setiap kali kita dijenguk dengan ujian. Yakin dan percayalah bahawa kita insan yang terpilih dalam menggapai redha Allah supaya kita senantiasa ingat pada Allah, yakin dengan cinta dan kasih dariNya.

“Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, kerana kesabaran mereka, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang.” [ Al-Mukminun : 111 ]

Muhammad Faiq Nabil bin Ramli
Tahun 4, Perubatan JUST.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s