Asyura untuk Kita

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Baginda menjawab,

“(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu” (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

Hari Asyura atau dalam bahasa arabnya asyara yang bermaksud sepuluh. Ini adalah disebabkan ia merupakan hari kesepuluh dalam bulan Muharram.

Sejenak mari kita beralih ke sejarah Hari Asyura, mari kita melihat isi kandungan sejarah ibadah ini yang tatkala itu kita kadangkala sedikit terlupa dalam keseronokan melakukan ibadah. Mudah-mudahan kita semua beramal ibadah seiring dengan penguasaan ilmu yang mantap terhadap ibadah yang dilakukan.

Sejarah Asyura ini bermula di Mekah lagi. Ketika itu amalan puasa Asyura ini merupakan tradisi masyarakat Arab pada waktu itu. Rasulullah SAW juga melakukan amalan puasa ini sehingga baginda berhijrah ke Madinah dan baginda mendapati amalan puasa Asyura ini juga diamalkan oleh kaum Yahudi. Pada saat itu, Baginda mensyariatkan dan mengesahkan puasa Asyura itu sehingga ia menjadi kewajipan kerana baginda merasakan masyarakat Arab lebih dekat dengan Nabi Musa a.s.

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; “Apabila Rasulullah datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: “Apakah ini?”. Mereka (orang Yahudi) menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu.” Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.”  (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)

Ibn Hajar al-Asqalani, dalam penyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan bahawa syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa Asyura 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Dari Aisyah (r.a) katanya; “Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura lalu baginda bersabda: “Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya.”  (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Harus kita ingat juga amalan sunat ini sangat dituntut bagi setiap umat Islam selagi mana dia mampu melakukannya. Sesungguhnya dengan mengikut amalan sunnah Rasulullah SAW  itu akan lebih mendekatkan diri kita kepada baginda dan memupukkan lagi rasa cinta dan sayang kepada manusia teragung iaitu Nabi Muhammad SAW. Ini dapat dibuktikan dengan saranan Rasulullah SAW dalam hadith baginda ,

Aisyah (r.a) berkata; “Rasulullah mengarahkan supaya berpuasa pada hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa).”  (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”. (Riwayat Muslim).

Wahai sahabat sekalian, marilah kita semua mengejar pahala ibadah sunat ini dan sentiasa positif dalam melakukan setiap amalan kebajikan seharian kita. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s