Nilai Solehah di sisi Allah

mawar-putih

Apabila membicarakan tentang wanita solehah, tiada yang lebih indah melainkan firman Allah Taala yang secara jelas menerangkan tentang nilai dan erti solehah seorang wanita.

Surah An-Nisa’, ayat 34: kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.

Ayat di atas menyentuh secara langsung tentang wanita dalam perkataan solehah dan qanitah. Menurut al-Tabari dalam tafsirnya tentang perkataan solehah dalam ayat di atas adalah ditujukan khusus kepada kaum wanita. Wanita solehah adalah wanita yang istiqamah dalam agama dan berkelakuan baik.  Manakala perkataan qanitah pula menurut Fakhru Razi dalam tafsirnya membawa dua makna;

1-    Qanitah itu ialah wanita yang mentaati Allah Taala, memelihara dan melaksanakan tanggungjawab kepada suami dan mendahulukan Allah Taala daripada segala-galanya.

2-    Qanitah seorang wanita itu boleh dilihat dalam dua keadaan. Keadaan ketika bersama suami suaminya dan keadaan ketika ketiadaan suaminya. Ketika bersama suaminya, ia menunjukkan ketaatannya kepada suami, melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan penuh kepatuhan. Seorang wanita itu dikatakan solehah apabila ia mentaati Allah dan Rasul serta suaminya.

Manakala ketika ketiadaan suaminya, ia hendajklah memelihara tiga perkara;

a-     Akhlak dan maruah diri daripada terjebak ke jalan yang membawa kepada perzinaan dengan lelaki yang bukan muhramnya.

b-    Memelihara harta benda suaminya agar tidak rosak dan hilang.

c-     Memelihara kedudukan dan maruah suami daripada tercemar.

Sabda Rasulullah  saw yang bermaksud; Sebaik-baik wanita ialah apabila engkau memandang wajahnya hatimu menjadi senang, sekiranya engkau meminta sesuatu ia segera melakukannya, ketika ketiadaanmu ia menjaga harta dan dirimu.

Ketika mentafsirkan maksud “dengan pemeliharaan Allah” dalam ayat di atas, Fakhru Razi berpendapat seorang wanita itu perlu memelihara dan melaksanakan tanggungjawabnya kepada suami, memelihara perintah Allah Taala ke atas dirinya, memelihara batas-batas agamanya, sebagai balasan kepada pemeliharaan Allah terhadap dirinya. Allah swt telah memerintahkan kaum lelaki agar berlaku adil kepada wanita, menjaga dan melayan wanita dengan baik dan memberi nafkah kepada isterinya. Inilah yang dimaksudkan dengan pemeliharaan Allah tersebut.

Oleh:


Ustazah Norsaleha bt Mohd Salleh
Ketua Wanita ISMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s