Kunjungan Rasmi Delegasi ISMA Jordan ke Mesir

KAHERAH, 18 November – Satu delegasi Ikatan Muslimin Malaysia Jordan (ISMA Jordan) telah mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA Mesir). Rombongan ini telah diketuai oleh Muhammad Hashemi Dahalan Md Razip selaku Pengerusi ISMA Jordan. Tujuan lawatan ialah untuk mengeratkan hubungan kerjasama dua hala antara ISMA Jordan dan ISMA Mesir bagi membincangkan halatuju dan matlamat ISMA dalam usaha menggarap potensi pembangunan mahasiswa dalam setiap aspek berasaskan cara hidup Islam. Di samping itu, kunjungan ini juga memberikan pendedahan kepada ISMA Jordan untuk menimba pengalaman daripada ISMA Mesir yang mempunyai bilangan ahli yang ramai dan berpengalaman luas dalam membina keperibadian diri mahasiswa yang unggul.

Kunjungan ISMA Jordan telah disambut oleh Muhammad Hafiz Khairudin selaku Pengerusi ISMA Mesir, Shuhaib Ar-rumy Selamat, Timbalan Pengerusi ISMA Mesir dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain.

Dalam kunjungan itu, ISMA Mesir telah berkongsi idea tentang usaha-usaha dalam  membangunkan potensi ahli, pemantapan sturktur organisasi dan memberikan nasihat agar seluruh ahli ISMA berusaha untuk mencapai segala objektif yang telah digariskan untuk menjayakan visi dan misi ISMA.

ISMA Jordan berharap agar hubungan dua hala ini terus berlangsung dalam keadaan yang lebih erat dan mewujudkan budaya bertukar pandangan agar usaha-usaha pemantapan sahsiah, modal insan dan akhlak dalam kalangan mahasiswa khususnya dapat dikongsi bersama seterusnya seluruh ahli ISMA dapat menyumbang seluruh tenaga mereka di tanah air, Malaysia kelak. Mudah-mudahan usaha kecil ini bermanfaat dan diganjari oleh Allah SWT.

Disediakan oleh :

Mohamad Ali Mohamad Zaki,

Setiausaha Agung
Ikatan Muslimin Malaysia Jordan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s