Winter oh winter

” Eh, kenapa waktu musim panas kulit ok je. Tapi masuk winter kulit menggelupas. Padahal waktu winter angin lagi sejuk ”

Acap kali terdengar perbualan ini semenjak musim sejuk mula menjengah Jordan. Ada yang menyambutnya dengan tangan terbuka dan tak kurang juga menyambut dengan kerutan di dahi, memikirkan kesusahan belajar di bawah timbunan ‘hirom’. Marilah kita sama-sama mencontohi Rasul s.a.w. Baginda sangat meraikan musim sejuk.

Ada hadith hasan yang berbunyi:

“Musim sejuk adalah musim yang terbaik bagi orang-orang beriman. Malamnya panjang, lalu dia berqiamullail padanya. Siangnya pendek, lalu dia berpuasa padanya.”

Kembali kepada persoalan.

Kalau dilihat dari kaca mata perubatan, di dalam tubuh kita ada pengesan rangsangan atau di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai ‘receptor’. Sebagai contoh ‘pressure receptor’ yang akan merasai tekanan dan akan menghasilkan maklumat tentang tekanan yang dirasai ke otak.

Dan setelah otak menerima maklumat, otak akan menghasilkan signal supaya sistem di dalam tubuh kita dapat melaksanan tindakan yang bersesuaian untuk mengurangkan rasa tekanan tersebut. Dan terdapat pelbagai jenis pengesan di dalam tubuh kita, antaranya ‘cold receptor’ dan ‘heat receptor’ .

Di lama tubuh kita , suhu badan mestilah dikekalkan padai suhu yang normal iaitu 37 °C. Maka, ketika musim sejuk, penurunan suhu persekitaran akan dikesan oleh ‘cold receptor’. Oleh itu, untuk mengelakkan badan kita turut mengalami penurunan suhu , sistem di dalam badan kita akan mengambil beberapa tindakan dalam mengekalkan suhu badan yang normal .

Antaranya, getaran badan atau ‘shivering’ akan menghasilkan haba di dalam badan. Selain itu, salur darah kita turut akan mengecut untuk memastikan haba yang dibebaskan melalui kulit dapat dikurangkan. Kesan daripada mekanisma inilah sebenarnya akan menghasilkan kulit kering dan menggelupas.

Kenapa? Kerana sistem salur darah yang mengecut akan mengurangkan bahan-bahan yang diperlukan oleh kulit seperti oksigen kekawasan kulit . Lantas akan mengakibatkan kulit mengelupas. Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kulit mengelupas adalah dengan memakai losyen pelembap.

Akhir kalam, kadang-kadang kita mungkin mengeluh dengan kedinginan musim sejuk sehingga kita terlupa, kita juga pernah mengeluh di bawah terikan mentari tatkala musim panas. Jangan butakan hati kita melihat hikmah disebalik ciptaan pelbagai musim . Allah sedang memberitahu kita sesuatu:

Dunia ini tak sesempurna syurga.

Nurul Fauwiza Mohd Fauzi

Tahun 2 Perubatan

Jordan University of Science and Technology

One thought on “Winter oh winter

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s