Laporan Projek Sadaqah Qurban 2011

IRBID, 13 November 2011 – Aman Palestin dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan telah melaksanakan satu projek kutipan sadaqah qurban untuk rakyat Palestin khas buat seluruh mahasiswa Jordan. Projek yang dimulai pada bulan Oktober yang lalu ini dinamakan Projek Sadaqah Qurban telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari mahasiswa-mahasiswi seluruh Jordan.

Hasil dari sumbangan seluruh mahasiswa Jordan, Projek Sadaqah Qurban ini berjaya mengumpul sebanyak RM 26,080 atau 5882.35 JD dalam tempoh hampir sebulan projek ini dilancarkan.

Pihak Aman Palestin dan juga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua mahasiswa yang memberikan sumbangan dan kerjasama. Jumlah ini membuktikan bahawa mahasiswa Jordan merupakan mahasiswa yang  cakna dan mengambil berat tentang  isu dan masalah ummah di Palestin yang memerlukan sumbangan dari kita yang mempunyai kemampuan. Moga segala sumbangan yang diberikan akan diberkati Allah.

Gambar sekitar Projek Sadaqah Qurban Aman Palestin Gaza 2011 :

One thought on “Laporan Projek Sadaqah Qurban 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s