Sambutan Aidil Adha 1432 Hijrah

6 November, IRBID – Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, ISMA Jordan telah mengadakan satu majlis sambutan perayaan terbuka untuk semua akhawat di bumi Jordan. Acara dimulakan di Bayt Raudhah sejurus selepas menunaikan solat sunat Aidil Adha . Kira-kira pada jam 8 pagi, para tetamu sudah mula memenuhi ruang tamu dan mereka dihidangkan dengan menu mee kari, roti jala dan beberapa hidangan sampingan sebagai pencuci mulut.

Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan sebuah pengisian yang bertemakan pengorbanan yang disampaikan oleh Ummu Rufaidah. Kehangatan program ini tidak berakhir di situ sahaja, para tetamu disajian pula dengan dua buah nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Soutul AISJO. Persembahan itu mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin yang hadir pada hari itu.

Sambutan Aidil Adha ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah yang sedia terbina dalam kalangan akhawat. Dalam kesibukan menuntut ilmu, waktu-waktu cuti begini adalah sangat sesuai untuk dimanfaatkan dengan mengadakan program-program seperti ini. Sepanjang acara berlangsung, ruang tamu Bayt Raudhah penuh dengan suara-suara ceria akhawat yang saling bertanya  khabar dan bertukar cerita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s