Allah Merahmati Abu Usamah Al Omari

27 Okt – Komuniti Malaysia di Irbid mendoakan pemergian Allahyarham Abu Usamah Al Omari ke alam baqa’ siang tadi, di dalam keadaan yang dirahmati Allah.

Allahyarham diberitakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut melibatkan ahli keluarganya. Umm Usamah Al Omari kini dimasukkan ke dalam wad ICU di King Abdullah Hospital University (KAUH) dan akan menjalani pembedahan hari ini (27 Oktober 2011). Anak allahyarham, Israa, dilaporkan berada di dalam keadaan stabil dan sedang berada di hospital untuk menemani ibunya.

Allahyarham adalah seorang warga Jordan yang telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu khususnya di Irbid. Beliau dikenali sebagai tuan pengurus hostel pelajar perempuan (Sakan Kuning), hostel di belakang Kawasan Zamzam, dan beberapa lagi hostel di sekitar Irbid. Kebanyakan pelajar yang mengetahui berita ini turut menyatakan kesedihan di atas pemergian beliau, kerana ternyata beliau adalah seorang yang selalu membantu dan menjaga kebajikan pelajar Melayu di Irbid ini.

Semoga ruh allahyarham dicucuri rahmat, dimudahkan segala urusannya dan dikuatkan hati ahli keluarganya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s