Rehlah Mahabbah Ma’rakah Yarmouk (REHAB 2011)

Menyedari kepentingan menghayati sirah para Rasul dan sahabat R.A. dalam kehidupan seharian, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan telah mengadakan satu rehlah ke Medan Peperangan Yarmouk pada 7 Ogos yang lalu. Rehlah yang dinamakan Rehlah Mahabbah Ma’rakah Yarmouk (REHAB 2011) telah disertai hampir 40 orang mahasiswa dari pelbagai universiti di Jordan.

Dalam program ini, 2 objektif utama telah digariskan iaitu bagi merapatkan ukhuwah antara mahasiswa-mahasiswa baru dan mahasiswa-mahasiswa lama. Selain itu, rehlah kali ini juga mahu membawa mahasiswa-mahasiswa ini ke tempat berlakunya sejarah besar dalam menyebarluaskan Islam bagi menghayati dan menyusupi semangat perjuangan para sahabat dalam peperangan Yarmouk ini.

Program yang dimulakan pada jam 4 petang ini dimulakan dengan solat Asar berjemaah di medan peperangan Yarmouk ini dan kemudiannya mereka dibawa ke tempat utama medan peperangan Yarmouk ini. Ketika sedang terpasak berdiri di medan utama Peperangan Yarmouk ini, mereka didengarkan dan dikisahkan sirah Peperangan Yarmouk ini  secara terperinci dan penuh bersemangat oleh  saudara Ahmad bin Khairuddin. Kisah peperangan ini yang benar-benar menunjukkan semangat yang begitu kuat oleh umat Islam ketika itu membuatkan peserta yang hadir seolah-olah terdiam ketika membayangkan umat Islam didalam peperangan ini terpaksa bertemu dengan musuh yang 6 kali ganda lebih kuat dari mereka namun hasil semangat juang mereka, umat Islam diberikan kemenangan oleh Allah S.W.T.

Usai menghayati kisah sirah, para peserta kemudiannya bermain satu permainan yang diketuai oleh saudara Hanis Zakwan Zainal Abidin. Permainan ini berjaya menyemai semangat berkerjasama d idalam satu kumpulan dan lebih merapatkan ukhuwah antara para peserta.

Semoga ibrah yang diambil dari ma’rakah Yarmouk ini mampu menaikkan semangat para peserta untuk terus berjuang dalam pelajaran dan kehidupan di bumi Jordan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s