ISMA Jordan Bersama Delegasi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)


8 Oktober, IRBID – Pada hari Sabtu lalu, warga ISMA Jordan telah bersama dengan delegasi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)  yang datang ke Jordan, di dalam sebuah forum yang membincangkan isu Cabaran Mendaulatkan Islam di Malaysia.

Delegasi Persatuan Peguam Muslim Malaysia yang diwakili oleh YB Dato’ Zainur Rijal bin Abu Bakar, Encik Abdul Halim bin Bahari, Encik Azril bin Mohd Amin, Encik Roslizam Rahim dan Encik Abdul Rahim bin Sinwan telah dijemput untuk menjadi panel forum pada malam tersebut. Program serba ringkas tapi penuh dengan perbincangan hangat tentang nasib umat Islam di Malaysia ini – telah dimulakan pada jam 8.30 malam dan berakhir tepat jam 10.30 malam.

Perbincangan semasa program itu banyak menyentuh soal survival umat Islam dari sudut pandang undang-undang, prognosis masa depan umat Islam jika kita tidak bertindak sewajarnya, dan ancaman-ancaman yang datang dari pelbagai sudut sama ada dari dalam ataupun luar masyarakat Muslim di Malaysia.

Menurut salah seorang panel forum, beliau sangat berbesar hati kiranya kesemua kumpulan yang ingin menegakkan Islam hari ini dapat menjadi komplemen (complementing) di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang satu, syariat Islam tertegak di muka bumi – bukan hanya mahu bersaing dan menjatuhkan (competing) yang lainnya. Hal ini dilihat sangat penting untuk difahami masyarakat kita agar kita dapat mengatasi gerak kerja musuh Islam yang sekian lama tersusun agendanya.

Warga ISMA Jordan sangat gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk bertemu personaliti-personaliti hebat di dalam program pada kali ini. Semoga Allah memberikan kita peluang untuk bertemu semula dan bergabung tenaga demi Islam pada masa akan datang. Insyaallah.

Gambar sekitar program :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s