Erti Ramadhan Untuk Pejuang

Rata-rata umat Islam di Malaysia, guru-guru yang memberi tazkirah mengajak umat Islam menghidupkan amal ibadah di bulan Ramadhan untuk mengejar pahala yang berlipat ganda yang dijanjikan Allah SWT.

Bagi seorang mujahid Ramadhan adalah kurniaan Rahmat Allah yang terlalu bernilai harganya kerana kejayaan dan kemenangan dunia hanya diberikan Allah kepada golongan muttaqin. Kemenangan atas nama Islam dan kemenangan yang yang dijanjikan syurga adalah kemenangan golongan yang muttaqin. Mencapai jiwa muttaqin dan mutmainnah adalah cita-cita setiap mujahid dalam perjalanan mereka untuk bertemu dengan Allah.

Selagi jiwa para pejuang yang berada di dalam sof perjuangan Islam memiliki selaput dan karat jahiliah, selagi jiwa dan hati mereka diselaputi sifat-sifat jahiliah selagi itu syaitan akan melekat dan membisikkan waswasah syaitan. Waswasah syiatan yang mengganggu hati para mujahid menjadikan jihad mereka memenatkan, menjadikan pandangan mata hati mereka kabur dan fokus mereka tersasar daripada sasaran sebenar.

Kejayaan sof-sof pejuang kerana dosa-dosa musuh mereka tetapi jika jiwa para mujahid juga masih diselaputi karat-karat dosa bagaimanakah mereka akan dapati keberkatan Allah akan mengiringi mereka.

Oleh itu Ramadhan adalah kurniaan Allah yang amat bernilai bagi mereka yang memahami. Ramadhan adalah bulan latihan, bulan mujahadah, bulan membersihkan jiwa daripada dosa dan karat jahiliah di samping bulan menambahkan pahala dan taqarrub kepada Allah.

Seorang pejuang menyedari bahawa kemenangannya terhadap jiwa dan nafsunya, kemenangannya terhadap tabiat buruknya dan kemenangannya mendisiplinkan hidup berlandaskan agenda perjuangan adalah asas kemenangannya dalam pertembungan dengan musuh di medan nyata. Maka bulan Ramdahan adalah bulan menyusun semula agenda hidup tahun hadapan, bulan membina tabiat-tabiat positif, bulan merancang amalan-amalan pengabdian, bulan mengagihkan kerja-kerja harian secara tersusun dan bulan mujahadah dan berlatih agar semua agenda itu menjadi habit yang berterusan sehingga 11 bulan berikutnya.

Apabila syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan, umat Islam bebas merancang agenda pengukuhan diri, menyusun semula tabiat-tabiat positif dalam hidup dan melaksanakannya. Dengan keazaman dan mujahadah segala agenda dapat dilakukan dengan mudah tanpa bersusah payah melawan waswasah syaitan.

Seorang pejuang perlu mengambil kesempatan bulan Ramadhan ini untuk melakarkan agenda hidupnya untuk hari-hari selepas Ramadhan dan mula membuat latihan pelaksanaannya pada bulan ini dengan istiqamah.

Satu tabiat yang salah yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam ialah mereka semata-mata memfokuskan bulan Ramadhan sebagai bulan beribadah tanpa mempunyai agenda untuk membuat perubahan pada tabiat hidupnya. Apabila berlalu bulan Ramadhan hidupnya kembali seumpama bulan-bulan yang lalu, tidak lagi meneruskan amalan solat berjamaah, melambat-lambatkan solat fardu, tidak berzikir, tidak lagi membaca al-Quran, tidak memelihara tutur kata dan pancaindera lain malah hidupnya tidak beragenda untuk agamanya.

Umat Islam akhir zaman adalah umat yang ditaklifkan untuk berjuang. Setiap perjuangan memerlukan kejelasan matlamat dan agenda. Allah kurniakan Ramadhan kepada kita setiap tahun agar kita kembali memperkemaskan perancangan, membetulkan agenda peningkatan diri dan amal-amal dakwah dan kembali mengasah tabiat positif dalam hidup supaya tahun hadapan adalah lebih baik daripada tahun yang lalu.

Ramadhan adalah agenda Allah untuk membina taqwa di dalam jiwa hamba-hambanya melalui keikhlasan mereka berpuasa, kesyukuran yang di rasai, kesabaran yang tempuhi, medan tempur tanpa musuh disamping kekuatan nafsu yang lemah, pembersihan jiwa daripada karat-karat dosa dan amal-amal taqarrub yang berganda. Namun amat berbeza golongan yang menerima Ramadhan dengan agenda, niat dan objektif yang jelas dengan muslim biasa yang hidup tampa agenda perjuangan.

Selamat menyambut lailatul qadar dan memperkemaskan agenda tahun hadapan.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Pengerusi Biro Baitul
Muslim,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: renungan2u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s