Resepi Ramadhan

Oleh: Amira Najihah Armain, Tahun 4, Perubatan, Universiti Kaherah

Sup Kemboja ( Anggaran 10 orang)

Bahan-bahan:

  1. Kubis – 1/2
  2. Nenas – 1/2
  3. Tomato – 3 biji
  4. Bawang putih – 1 labu
  5. Daun sup – seikat
  6. Ayam – 1/4 kilo

Cara-cara:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Bawang putih dihiris dan diketuk, kemudian dibahagi dua ( 1 bahagian – digoreng).
  3. Masukkan ayam yang dipotong kecil dan sebahagian bawang putih ke dalam air yang telah dididihkan tadi.
  4. Tambah gula dan garam secukup rasa.
  5. Perlahankan api dan masukkan kubis, tomato, nenas, bawang yang telah digoreng dan daun sup ( sayur-sayuran dipotong mengikut kretiviti masing-masing).
  6. Padamkan  api.
  7. Sedia untuk dihidang bersama nasi.

Setiap peluang melakukan kebaikan di bulan Ramadan seharusnya tidak disia-siakan sama sekali. Adapun golongan hawa sebenarnya memiliki extrapoint dalam berlumba-lumba menghidupkan bulan Ramadan iaitu dengan menyempurnakan tugasan asasi wanita sebagai penyedia juadah berbuka dan bersahur. Setiap wanita harus menyedari tugas memasak dalam bulan Ramadan adalah berbeza sekali berbanding dengan bulan -bulan lain.

“Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu).” (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

“Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.” (HR Al-Bukhari & Muslim)

Hadis-hadis ini sepatutnya menjadi penolak bagi kaum wanita untuk terus bermujahadah dan bersungguh-sungguh dalam menyediakan juadah yang terbaik. Maka, tugas memasak dalam bulan Ramadan seharusnya dilihat dari sudut yang positif sebagai peluang untuk mengumpul pahala, bukannya sebagai beban.

Walaupun kesungguhan kaum wanita terutamanya kaum ibu dalam menyediakan juadah terbaik untuk seisi keluarga dititikberatkan, namun janganlah pula kesuluruhan tenaga ditumpukan dalam penyediaan juadah sehingga mencacatkan pula ibadah mereka dalam bulan Ramadan ini. Justeru, tenaga yang digunakan perlu diseimbangkan tanpa menyebabkan kekurangan sama ada dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang wanita mahupun tugasnya sebagai seorang hamba. Maka, pilihlah resepi yang mudah dan cepat tetapi pada masa yang sama berkhasiat dan sedap.

Selamat mencuba resepi baru dan selamat menggandakan amal di bulan barakah ini!

sumber: http://ismamesir.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s