Rehlah Jihadi Akhawat: Berpaksikan Badar

Pada tarikh 6 Ogos 2011 yang lepas,  program Rehlah Jihadi anjuran ISMA Jordan telah berlangsung dengan jayanya. Penyertaan yang ramai daripada akhawat Irbid, juga akhawat Mu’tah dan Mafraq telah menjadikan acara lebih meriah dan seronok.

Program Rehlah Jihadi ini telah menguji kekuatan fizikal, mental, rohani dan juga emosi akhawat, di mana setiap peserta dikehendaki berjalan sejauh 6 kilometer di bawah terik mentari yang membakar sambil menjalankan tugasan-tugasan tertentu di setiap checkpoint. Aktiviti ini selari dengan hadaf program yang ingin memberi peluang kepada setiap peserta untuk menyelami kekentalan jiwa dan keteguhan iman tentera Perang  Badar yang berjihad di jalan Allah pada bulan Ramadhan. Rehlah Jihadi  bertujuan untuk memberi pencerahan tentang hakikat sebenar bulan Ramadhan dalam melahirkan individu yang  bukan sahaja kental rohaninya, malah kuat staminanya, dan tinggi produktivitinya.

Seawal jam 2.30 petang, para peserta berkumpul di masjid Fayha’ untuk sesi taklimat dan pembahagian kumpulan.  Biro program turut mengamanahkan taklifat sepanjang perjalanan iaitu istighfar 1000 kali dan mengisi plastik sampah yang diberikan. Setiap kumpulan seramai tiga atau empat orang dilepaskan satu persatu setelah selesai mentadabbur Surah Al-Anfal. Kemudian, peserta-peserta memulakan kembara sambil melaksanakan taaruf hati ke hati dan membincangkan matlamat Ramadhan masing-masing. Keseluruhan trek Rehlah Jihadi dipantau setiap masa oleh pasukan paramedik akhawat yang bertugas menggunakan kereta.

Di checkpoint sulung, peserta-peserta dikehendaki menganalisa artikel yang mengandungi teguran Abdullah bin Mubarak kepada sahabat beliau, Fudhail bin ‘Iyadh. Komen seorang peserta,

“Saya rasa terkesan dengan nasihat Abdullah bin Mubarak yang mengingatkan rakannya agar tidak mengasingkan diri beribadah, bahkan wajib keluar berjihad. Kadang-kadang di bulan Ramadhan, kebanyakan orang sibuk nak tingkatkan amalan fardi, padahal kita sepatutnya lebih giat dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah.”

Di checkpoint kedua, setiap kumpulan perlu menolong orang sekeliling berpandukan kreativiti sendiri. Pelbagai pengalaman yang menarik dan seronok  seperti dikejar anjing, menziarahi khemah Badwi dan sebagainya menguatkan ukhuwah para peserta dan menghilangkan kepenatan berjalan. Peserta-peserta juga dikejutkan dengan 90 soalan penggugah minda di checkpoint ketiga.

“Saya rasa lebih bersemangat untuk mendalami sirah selepas ini. Rasa jahil sangat! At least sehari baca dalam 10 minit pun okay.” azam seorang peserta.

Setiap peserta dipertanggungjawabkan menghafal dalil berkenaan puasa dan bulan Ramadhan, iaitu ayat surah al-Baqarah 183-186 selepas melepasi checkpoint keempat. Walaupun kepenatan, usaha peserta tetap terserlah, lebih-lebih lagi apabila melihat menara Masjid Nur Al-Eydi yang menjadi destinasi akhir Rehlah Jihadi. Alhamdulillah, semua peserta sampai dengan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Dalam acara penutup, sebahagian peserta berkongsi pengalaman dan pengajaran yang diperoleh setelah berpenat lelah berjihad sepanjang 6 kilometer.

“Mula-mula dengar ada rehlah, tak dapat nak bayang rehlah di bulan Ramadhan. Dahlah tak ada maklumat apa-apa selain tempat dan masa. Tapi pergi je sebab thiqah. Rupa-rupanya, Rehlah Jihadi menggabungkan semua aspek.. fizikal ada, ruuhi, mental, emosi. Memang rasa bersyukur Allah bagi join!”

Acara Rehlah Jihadi ini diserikan lagi dengan majlis iftar, juga pengisian yang mantap berkenaan sejarah Perang Badar daripada Ukhti Izyan Omar. Alhamdulillah, Rehlah Jihadi tahun ini memberi  peluang terbaik kepada akhawat untuk menguji ketahanan fizikal dan kekuatan rohani, di samping menjiwai roh tentera Badar.  Kita dapat lihat, betapa kuatnya mereka pada waktu itu,  berperang di bawah terik mentari dan berpuasa dalam waktu yang sama. Namun, itu semua tidak pernah mematahkan semangat mereka dek kerana keimanan dan keyakinan mereka yang tinggi dengan janji Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah.”

Semoga kita akan sentiasa kuat dan tidak pernah malas untuk terus berjuang di jalan Allah. Janganlah jadikan kepanasan, teriknya mentari, mahupun kepenatan yang tiada taranya; penghalang untuk kita menjadi mukmin yang kuat, apatah lagi di bulan jihad ini!

Oleh:

Nawal Wafa binti Abdul Rashid
Tahun 1 Perubatan,
Jordan University of Science and Technology.

One thought on “Rehlah Jihadi Akhawat: Berpaksikan Badar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s