Irbid dilanda Ramadhan Fever Dedication

Pada 30 hb Julai yang lalu, Biro Wanita ISMA dengan kerjasama SULBAH Inc. telah berjaya menjalankan projek Ramadhan Fever Dedication. Projek yang dijalankan buat kali kedua sepanjang penubuhan Sulbah Inc. ini diadakan untuk memeriahkan lagi kedatangan bulan Ramadhan dengan mendedikasikan ucapan-ucapan Ramadhan kepada rakan-rakan di sekitar Irbid.

Ramadhan Fever Dedication telah menerima sebanyak 487 tempahan yang terdiri daripada kek coklat dan kek pisang, kuih donut dan kuih cornflakes. Alhamdulillah dengan gerak kerja yang mantap dari pasukan Ramadhan Fever, proses masakan dan pembungkusan mengambil masa 2 hari untuk siap. Semua tempahan berjaya dihantar kepada penerima sehari selepas selesai proses pembungkusan.

Tahniah diucapkan kepada Biro Wanita ISMA atas kerjasama yang cukup membanggakan. Walaupun ianya berlangsung pada minggu peperiksaan, ternyata ia tidak menjadi halangan untuk sama-sama memeriahkan lagi Ramadhan kali ini. Ucapan terima kasih turut dikalungkan buat semua akhawat yang telah mendedikasikan tempahan mereka buat teman handai.

Semoga Ramadhan Fever Dedication pada Ramadhan akan datang menjadi bah yang melanda seluruh Jordan. Salam Ramadhan AlMubarak!

Oleh :

Amirah Labibah Mahdzir,

Tahun 2

Jordan University of Science and Technology, Jordan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s