Universiti Ramadhan Ikhwah Meriah !

Irbid, 22 Julai – ISMA Jordan telah berjaya menjalankan satu program khas untuk ikhwah ISMA Jordan yang dinamakan “Universiti Ramadhan” bagi membangkitkan semangat  dan memperkemas persediaan  untuk menghadapi bulan Ramadhan.

Tujuan Universiti Ramadhan ini diadakan tidak lain tidak bukan adalah sabagai salah satu pencerahan dan peringatan semula kepada  peserta mengenai  Bulan Ramadhan dan puasa selain menjadi inspirasi dan motivasi untuk menjadikan Ramadhan yang bakal ditempuhi dapat dinikmati dengan ilmu yang betul dan jelas bagi melahirkan rasa ikhlas dan seronok dalam beribadah  sekaligus mampu mengubah sikap dan amal seseorang pada bulan bulan yang seterusnya.

Program yang  julung kalinya diadakan ini mempunyai  tiga slot yang informatif dan menarik untuk semua peserta yang hadir. Slot pertama yang dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan tajuk “Fiqh Ramadhan” oleh Ustaz Mohd Sofee Mustafa yang juga merupakan pemilik syarikat ISRA’ telah berjaya menarik hati para peserta untuk mengetahui  kelebihan dan fadhilat serta adab-adab di bulan Ramadhan dengan lebih lanjut dan tidak sabar-sabar berusaha untuk beramal di bulan Ramadhan nanti.

Ustaz Sofee bin Mustafa sedang semangat memahamkan hadirin tentang hakikat Ramadhan

Selepas selesai merehatkan minda dan rohani dengan solat jumaat serta menjamu selera tengah hari dengan hidangan daging black pepper, slot yang kedua diteruskan dengan pembentangan tajuk “Fiqh Puasa” yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Khairuddin. Persoalan dan kekeliruan sekitar hukum hakam berkaitan puasa yang selama ini terbuku lama di lubuk hati para peserta sejak awal tahun lagi terjawab dengan jawapan-jawapan dan penerangan jelas serta terang lagi wadhih yang telah disampaikan oleh ustaz Ahmad dan bagi sesiapa yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan ketika itu diminta untuk berhubung terus dengan ustaz Ahmad selepas selesai program untuk mendapatkan penjelasan yang memuaskan hati masing-masing.

Usai sahaja sesi bersama Ustaz Ahmad, majlis diteruskan dengan persembahan filem pendek bertajuk “Ramadhan : Let’s Change!”. Filem yang berkisar tentang peri pentingnya berbuat amal dan istiqamah di bulan Ramadhan di samping mengajak orang lain bersama-sama mengejar pahala di bulan mulia ini telah berjaya menjuraikan air mata para peserta yang hadir seperti mana yang diluahkan oleh salah seorang penonton :

“ Oh, cerita ini sungguh banyak adegan menusuk kalbu! Harapnya ramai yang berubah selepas  menonton kisah ini.”

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta yang hadir yang terdiri dari pelajar JUST, Universiti Yarmouk dan juga Universiti Mu’tah. Jelas di riak muka para peserta akan kepuasan dan kegembiraan hasil daripada Universiti Ramadhan ini. Moga semua dapat mengambil pengajaran dan terus bersiap sedia mengharungi ramadhan tak lama lagi.

Ustaz Sofee menyampaikan cenderahari kepada pengarah short film “Ramadhan : Lets Change!”, saudara Ammar bin Roslan

Disediakan oleh :

Hanis Zakwan bin Zainal Abidin,
Ahli Jawatankuasa,
Program Universiti Ramadhan 1432 H

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s