Air Mata Ramadhan

 

Setiap tahun kita akan menanti Ramadhan, masing-masing punya rasa terhadap suasana tersebut. Ada yang gembira, ada juga yang duka, mungkin kerana baginya Ramadhan sama seperti bulan-bulan biasa, ada juga yang terasa biasa kerana jauh nun di perantauan. Bagi mereka yang fakir, mungkin ia sesuatu yang menggembirakan kerana datangnya barang-barang tabarru’ (derma) daripada mereka-mereka yang berkemampuan. Bagi yang baru kehilangan ahli keluarga pula mungkin akan terasa kekurangannya apabila suasana berbuka tidak lagi dimeriahkan oleh individu tersebut. Apatah lagi jika individu tersebut sangat meraikan Ramadhan yang mana mungkin, dialah yang membaca doa ketika berbuka, atau dialah yang banyak karenah ketika berpuasa. Mungkin ia merupakan kenangan yang pasti menitiskan air mata.

Pasti terdapat pelbagai lagi peristiwa yang akan membuatkan kita mengimbau Ramadhan. Pelbagai suka dan duka ketika Ramadhan, teruji dengan lapar dan dahaga, bahkan Ramadhan juga pasti akan menjadi suatu yang sia-sia jika tidak merebut ganjaran yang telah dijanjikan kepada kita daripada Allah swt.

Ada juga individu yang mengambil peluang untuk berubah, kerana Ramadhan merupakan peluang yang sangat besar, hatta alasan yang sangat relevan. Hakikat yang perlu kita terima ialah, MANUSIA MALU UNTUK MELAKUKAN KEBAIKAN. Kita perlukan alasan untuk sesuatu, tidak ramai yang berani atas rasa seolah-olah diberi limpahan hidayah. ”Sekejap je tue, esok lusa buat balik la tue”, persepsi manusia yang jengkel. Itu hakikat, jadi Ramadhan boleh menjadi alasan seterusnya menghilangkan rasa malu untuk berubah, secara perlahan-perlahan kebaikan diserap sedikit demi sedikit. Cuma ujiannya ialah, istiqamah dan pengekalan kebaikan. Hakikat kedua ialah apabila kita cuba untuk berinteraksi dengan Allah swt, kita perlu bersendirian atau dalam istilah arab disebut berkhulwah. Suci hati, terangi peribadi, fikirkan diri.Jika mereka bertanyakan tentang formula untuk merasakan kebaikan ramadhan ini, maka tidak lain dan tidak bukan ialah dengan menyucikan hati sebelum memasuki fatrah ramadhan.  Bagaimana? Renungi diri masing-masing, kerana ia tidak akan sama. Apa yang penting, air mata tentu akan mengalir dengan sendirinya jika kita ini benar-benar gerunkan dengan ayat-ayat Allah swt seperti firmanNya dalam surah an-Nahl [16] ayat 104: ”Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah (Al Quran), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka dan bagi mereka azab yang pedih.” 

Semoga kita mengharapkan hidayah Allah pada Ramadhan kali ini. Firman Allah swt dalam surah al-Kahfi [18] ayat ke 17: ”Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”

 Mohamad Ariff bin Abdul Sarip
Tahun 3 Fiqh wa Usuluhu
Universiti Mu’tah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s