Semoga Sembuh, Ukht Nurul Izzati

21 Julai – Kepulangan ukht kita yang bernama Nurul Izzati Jamaludin malam semalam membiaskan keceriaan di wajah beliau, keluarga dan sahabat-sahabat; lebih-lebih lagi buat si kecil Rufaidah Al-Aslamiah. Nurul Izzati Jamaludin adalah merupakan seorang pelajar Tahun 3 Fiqh Wa Usul di Universiti Yarmouk

Selepas ditahan di wad selama seminggu setengah kerana disyaki menghidapi Miliary TB, beliau telah dibenarkan pulang oleh doktor pakar King Abdullah University Hospital (KAUH). Kesihatan beliau diberitakan semakin hari semakin pulih, walaupun hidupnya selepas ini akan bergantung kepada ubat-ubatan selama 6 bulan atau lebih.

Seluruh warga ISMA Jordan mengucapkan semoga cepat sembuh dan mengirimkan doa terus-terusan buat ukht Nurul Izzati Jamaludin, semoga diberi ketabahan menghadapi ujian ini.

Segala puji bagi Allah di atas kurniaan kesihatan yang dikurniakan tapi sering dilupakan, dan jika kesakitan pula yang ditimpakan pasti bersamanya ada rahmah keampunan buat orang-orang yang sabar. Daripada Allah segala penyakit, dan daripada Allah juga lah segala penawar untuk kesakitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s