Sya'banku Untuk Ramadhan

Tarikh hari ini, 6 Sya’ban 1432H bersamaan 8/7/2011.

Sedar mahupun tidak, kira-kira 3 minggu lagi kita akan bersama-sama menyambut bulan yang penuh dengan barakah, bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sedikit cetusan minda buat semua. Mengapa jarang sekali masyarakat kita menghitung hari-hari di bulan sya’ban sebagaimana di bulan ramadhan? Bulan ini dibiarkan berlalu begitu sahaja walaupun mungkin sebahagian daripada kita menyedari kewujudan peristiwa-peristiwa penting seperti nisfu sya’ban dan pertukaran kiblat. Itu pun jika kita benar-benar cakna dan menghayatinya sebaik-baik mungkin. Usamah bin Zaid menceritakan; “Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban”, lalu Baginda menjawab, ”Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadhan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas’aei).Hadith ini menunjukkan betapa Baginda sendiri membuktikan bahawa bulan ini istimewa, bukan seperti bulan-bulan yang lain. Amalannya bukan seperti biasa tetapi ditambah dan ditingkatkan terutama berpuasa. Mahukah label ‘lalai’ ini ditujukan kepada kita? Baginda yang dijamin ke syurga pun berpuasa mengharap keredhaan Allah ketika amalan diangkat, apatah lagi kita yang syurga dan neraka masih menjadi timbangan yang mendebarkan. Bukankah baginda sebaik-baik contoh? 

Segelintir kita sering menyatakan, “Ramadhan ini ALL-OUT“. Semangat wajar dan kental yang amat hebat. Tidak dinafikan memang benar Ramadhan All-Out tetapi tanpa sebarang persediaan? Sebagai contoh, mana mungkin sebuah kereta yang sudah lama terbiar tanpa sedikit pun diselenggara dipacu selaju-lajunya. Akhirnya kereta tersebut akan mengalami kerosakan yang amat teruk. Tibanya Ramadhan, Al-Quran 1 juzuk sedangkan sebelumnya 2 muka surat pun begitu sukar sekali, zikir mathurat 2 kali sehari sedangkan sebelumnya kadang-kadang baca kadang-kadang tidak, solat jemaah 5 kali sehari sedangkan subuh begitu liat sekali. Awas, perubahan secara drastik hanya akan membawa padah. Impaknya di akhir Ramadhan kelak, letih lesu yang tidak terhingga. Rugilah kita jika malam yang lebih baik dari seribu bulan ini tidak dapat kita usahakan dengan ibadah yang disarankan Baginda s.a.w.  Syawal menjelma, amalan-amalan tersebut susut tanpa khabar berita. Kereta ini amalan kita, dimulakan dengan mengejut semasa Ramadhan tanpa persediaan di bulan Sya’ban, akhirnya tidak ke mana di bulan Syawal apatah lagi di bulan-bulan yang akan datang. Di sinilah perlunya kita mula menghitung hari-hari di bulan Sya’ban sebagai persediaan di bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh ditingkatkan :1)      Memperbanyakkan berpuasa2)      Memperbanyakkan Qiamullail3)      Menambah bacaan Al-Quran4)      Menambah zikir-zikir harian5)      Memperbanyakkan solat-solat sunat dan lain-lain Biarlah amalan yang dilakukan itu terus konsisten bermula dari sikit-sikit, lama-lama membukit. Kita tahu di mana tahap dan kemampuan kita. Marilah kita bersama-sama bersiap-sedia bermula dari sekarang untuk Ramadhan yang akan datang.

 Sya’banku untuk Ramadhan

Anggaplah Ramadhan ini, Ramadhan kita yang terakhir. Muhammad Hilmi bin Mohd Arif
Tahun 4 Fakulti Perubatan
Jordan University of Science & Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s