Fatimah bint Al-Khattab

Anda masih ingatkan beliau?

Kisah Fatimah bint Al-Khattab adalah kisah yang masyhur. Setiap kali kita mendengar kisah pengislaman Saidina Umar Al-Khattab r.a, maka setiap kali itu kita akan mendengar nama beliau. Bila mana nama suaminya – Saeed bin Zaid –salah seorang sahabat yang dijamin syurga, nama beliau akan turut kedengaran. Ketika dikisahkan nama Khabbab bin Al-Arat – sahabat yang terkenal sebagai pengajar atau murabbi, namanya juga lah yang bakal menjadi sebahagian topik penceritaan.

Tatkala sirah mengenai surah Taha dilipurkan, waktu itu lah kita akan mengenang kisah Fatimah Al-Khattab. Seolah-olah ada suatu hubungan kimia antara surah Taha yang dibacakan, dengan kisah keberanian Fatimah Al-Khattab – maka seindah itu lah kita mengenang hikayat pengislaman Umar Al-Khattab yang keislamannya menjadi perisai, sehingga disifatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud sebagai :

“Kami senantiasa berada dalam kejayaan semenjak Umar bin Khattab masuk Islam.”

Fatimah Al-Khattab adalah wanita yang berjiwa bersih, selamat dari sebarang jahiliyyah semasa. Dengan izin Allah s.w.t, Fatimah yang ketika itu telah memeluk Islam, telah disatukan dengan Sa’eed bin Zaid – seorang sahabat yang hebat, juga bersih jiwanya. Maka perkahwinan mereka ketika itu, berhasil mewujudkan sebuah lagi rumah dakwah yang menjadi batu asas kepada pembinaan Islam dalam kalangan masyarakat Quraish.

Oleh sebab saat itu adalah saat yang agak genting bagi pengikut agama Muhammad s.a.w, maka kebanyakan para sahabat diminta merahsiakan aktiviti dan juga keislaman mereka sendiri dari pengetahuan puak kafir Quraisy. Salah satunya, adalah rumah yang didiami Fatimah bint Al-Khattab dan Sa’eed.

Khabbab ibn Al-Arat, yang diriwayatkan telah menjadi naqib kepada Fatimah dan Sa’eed, akan mendatangi rumah mereka secara senyap-senyap untuk mengajarkan mereka bacaan al-Quran. Quran yang pada masa itu masih lagi dalam berbentuk lembaran, diajarkan satu persatu kepada Fatimah, dalam keadaan abangnya, ‘Umar, belum mengetahui keislaman beliau.

Ditakdirkan suatu hari, Umar Al-Khattab berhajat untuk membunuh Muhammad s.a.w, pembawa ajaran baru di Tanah Arab yang menjadi perbualan hangat masyarakat setempat. Dengan mengheret pedangnya yang berat, dia mengusung perasaan marah dan benci terhadap Baginda s.a.w sebelum ditegur oleh beberapa orang Quraish di jalanan. Mereka mencela Umar, daripada hendak membunuh Muhammad s.a.w, lebih baik lah dia uruskan dahulu adik perempuannya yang telah menjadi pengikut Muhammad.

Umar terkejut. Tak buang masa lagi, dia menghampiri rumah Fatimah Al-Khattab yang kebetulan pada masa itu.. Fatimah sedang membacakan ayat suci Al-Quran. Dihentaknya pintu, dan ditanyakan kepada Fatimah, apakah bunyi bacaan yang didengarinya dari luar tadi?

Kelam kabut juga Fatimah, Sa’eed dan Khabbab menyorokkan lembaran al-Quran, agar tak diketahui Umar. Benar lah bagai dikata orang sekeliling, abangnya pembenci Islam..tapi adik sendiri sudah menjadi pengikut tegar Islam. Sedikit pertelingkahan antara Umar dan Khabbab telah berlaku, dan akhirnya dengan keberanian seorang wanita, Fatimah tampil menghadang Umar dari terus menyakiti suaminya. Fatimah telah ditampar oleh Umar sehingga berdarah.

Peristiwa itu telah membuatkan Umar yang keras hati, terdiam. Hidayah Allah telah tiba di hati Umar. Dan Fatimah adalah sebabnya. Andai Fatimah hari itu tak diteguhkan hati untuk menghadapi Umar, manakan cerita kehebatan Islam hari ini akan didengari.

Setelah membersihkan diri dan diajarkan syahadah, Umar Al-Khattab lah yang menjadi pembela paling kuat agama Islam. Jasa Fatimah Al-Khattab tak selayaknya dilupakan..

***

Akhawati Fillah,

Sesungguhnya Islam telah kembali dagang (asing) sebagaimana dagangnya (asingnya) Islam pada awal hari-hari Rasulullah s.a.w diutuskan. Fatimah Al-Khattab telah memainkan perannya, kita dan beliau sama saja.. bila lagi mahu menunjukkan taring? Semoga kisah perjuangan kita untuk Islam akan terus menjadi penguat generasi akan datang, sebagaimana kisah Fatimah Al-Khattab yang berlaku beribu tahun dulu – menjadi penguat kita sekarang.

Buktikan amal hari ini, generasi harapan akan datang menunggu untuk membaca, mengulang cerita dan mengenang jasa pemilik tangan penghayun buaian yang bisa menggugah dunia.

Jadikan dirimu orang solehah dan tabah jiwanya bak Fatimah Al-Khattab, pelihara lah diri dari perkara-perkara remeh dan kesenangan.

Semoga Allah menggolongkan kita dalam golongan yang didoakan Nabi Ibrahim di dalam surah Al-Anbiya’;

رب هب لي حكما وألحقني بالصالحين

One thought on “Fatimah bint Al-Khattab

  1. salam.. kisah Fatimah Al-Khattab memang kisah wanita tegar! ana teringat mendengar kaset tentang bkeislaman umar.. Umar ketika ingin mengambil lembaran ayat al-quran drpd fatimah telah memukul muka Fatimah sehinggakan berdarah, namun fatimah tetap tegas dan tidak memberikan lembaran2 tersebut kepada Umar melainkan setelah Umar membersihkan dirinya.. SubhanAllah!~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s