Manusia seperti logam

Hidayah Nikmat daripada Tuhan

Hidayah merupakan suatu nikmat yang Allah berikan kepada hambaNya yang terpilih. Namun titik perubahan dalam diri hanya akan bermula apabila seorang hamba membuat keputusan untuk berubah. Dan keputusan ini ternyata memerlukan kekuatan yang sangat besar serta sokongan daripada rakan sekeliling.

Bagi individu yang ingin berubah, ‘kisah lama’ menjadi cabaran yang pasti susah untuk ditinggalkan. Seringkali kita melihat fenomena, seorang penagih dadah yang sudah pulih, tetapi tidak lama kemudian kembali semula ke takuk yang lama apabila dadah itu tidak dijauhi. Begitu juga dengan kita, buangkan ‘kisah lama’ itu jauh-jauh dari kita. Moga kita tidak membuat silap untuk kali yang kedua.

Kadang-kadang kita sangat terikat dengan kisah silam sehingga kita takut untuk melangkah kehadapan. Ibarat burung yang dirantai kakinya, pasti mustahil untuk terbang jauh, dan akhirnya akan jatuh jua. Tetapi andai rantai itu dibuka, nescaya ia akan terus terbang, hingga hilang dari pandangan mata.

“The person you were in your past may not be who you are today, only you can decide who you are and what kind of person you want to be.” –Quoted-

Tarbiyah membantu perubahan 

Hakikatnya, amat sukar untuk proses perubahan berlaku tanpa ada dorongan luar. Salah satu dorongan yang amat berkesan dalam proses ini adalah tarbiyah. Tarbiyah bukanlah satu paksaan untuk kita, tapi ianya satu proses yang memastikan kita tidak melakukan silap yang sama. Oleh sebab itu, tarbiyah ini bukan bermusim. Tapi ia perlu seiring dengan kehidupan kita seharian. Manisnya tarbiyah itu bila kita melihat hasil perubahan seorang individu.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” – Sahih Bukhari-

Percayalah dalam setiap diri kita ada mutiara-mutiara yang berharga. Sebagai contoh, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifat tegas dan beraninya semenjak sebelum memeluk Islam lagi dan selepas memeluk Islam, peribadinya yang sebegitulah yang menggentarkan musuh-musuh Islam. Gunakan mutiara di dalam diri kita sebaiknya untuk berbakti di jalan tarbiyah ini. Paling tidak, inilah sumbangan kita buat Islam, kan?

Buat keputusan, sekarang!

Ikrimah Ibn Jahal dahulunya merupakan pemusuh tegar Islam sehingga Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membunuhnya ketika pembukaan kota Mekah. Tetapi selepas memeluk Islam, Ikrimah berbakti kepada Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir. Malah Ikrimah adalah salah seorang dalam kisah 3 orang sahabat dalam perang Yarmouk yang sedang nazak meminta air tetapi masing-masing mahu mendahulukan sahabat yang lain, lalu ketiga-ketiga sahabat itu mati syahid.

Hebatnya Ikrimah saat dia mendapat hidayah, dia tidak lagi menoleh ke zaman jahiliyyahnya dahulu, malah berjuang sehabis-habisan sehingga ke hujung usianya. Begitu juga kita seharusnya menjadikan kisah lama sebagai peringatan kepada kita untuk kita menjauhinya, bukan pelemah semangat yang membuatkan kita terjatuh kembali.

Akhir kata, setiap keputusan tentu akan ada risikonya. Semakin besar keputusan kita, semakin tinggi risikonya. Andai keputusan yang dibuat itu salah, buatlah keputusan yang kedua untuk membetulkannya. Begitulah kehidupan kita sebenarnya, kita belajar daripada kesilapan.  Tetapi andai tiada keputusan dibuat, maka tiada apa yang akan terjadi dan kita akan terus kekal di takuk yang lama. Dan pasti, bukan itu yang kita sebagai orang muslim mahukan, kan?
Amirah Labibah binti Mahdzir

Tahun 3 Pergigian

Jordan University of Science and Technology

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s