Tahniah kepada kepimpinan baru MPPMJ 2011/2012

“Setiap seorang dari kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya). Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya,begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya.” (Riwayat Bukhari)

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) Sesi 2011/2012.

ISMA Jordan yakin dan percaya barisan kepimpinan yang telah dipilih ini mampu menggalas tanggungjawab dan amanah yang diterima dengan penuh komited dan berdedikasi, serta ikhlas demi mencari keredhaan Allah swt.

Sepertimana harapan kami kepada barisan kepimpinan baru PERMAI, begitu juga harapan kami pada kepimpinan MPPMJ Sesi 2011/2012 ini bagi membawa satu perubahan positif dan anjakan paradigma dalam pemikiran mahasiswa Malaysia di Jordan. Kami juga bersedia untuk bersama-sama MPPMJ dalam meneroka lebih banyak lagi peluang-peluang kerjasama dalam gerak kerja membina generasi mahasiswa yang berkarisma, berdaya saing dan komited dengan nilai-nilai Islam serta mampu menghadapi cabaran arus globalisasi.

InsyaAllah dengan hati yang nekad, perancangan yang tersusun dan usaha yang tidak kenal henti, ISMA Jordan yakin barisan kepimpinan MPPMJ 2011/2012 akan berjaya meletakkan kualiti aktivisme mahasiswa pada satu tahap yang lebih baik.

Semoga segala perancangan dan gerak kerja MPPMJ Sesi 2011/2012 dipermudahkan Allah swt dan diterima sebagai amal soleh dan diganjari dengan pahala. Selamat menjalankan tugas.

“MEMBINA GENERASI HARAPAN”

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT”

Jawatankuasa Kerja

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan

*Senarai kepimpinan baru;

Presiden MPPMJ 2011/12 :

  • MOHAMMAD HUSSIN B. MOHD FAUZI

Timbalan Presiden MPPMJ 2011/12:

  • SYAHIRAH SALWA BT. MD HARUN

Ahli Majlis Tertinggi (syabab) MPPMJ sesi 2011/12 :

  • ABDUL RAHMAN B.MOHD SYA’ARY
  • MOHD ARIF AZFAR B. MD ASHARI
  • AHMAD SYAKIR B. NASSURUDDIN

Ahli Majlis Tertinggi (akhawat) sesi 2011/12:

  • UMME-AYMAN BT. AYUB
  • ANISATUL QALBI BT. MOHD SOFIYUDDIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s