Jalinan Ukhuwah Musim Rabi' 2011

6 Mei 2011 – ISMA Jordan di bawah kelolaan biro Wanita telah menganjurkan “Jalinan Ukhuwah Musim Ar-Rabi3” (JUM-R) yang berlangsung di Dibben Forest, Jordan. Program yang bertemakan “1 Akhlak : 1000 Hati”  ini berusaha menerapkan kefahaman bahawa keindahan satu akhlak yang mulia dapat mengikat 1000 hati manusia.

Bertolak seawal jam 8.30am, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang selama 1 jam setengah dari Irbid pada pagi hari Jumaat lalu tidak dibiarkan kosong, bahkan diisi dengan beberapa wajibat (tugasan) yang disediakan. Aktiviti utama yang diatur – menilai dan menambah thaqafah para peserta dalam membentuk akhlak mulia dan mengeratkan ukhuwah. Secara terperincinya, penekanan aspek akhlak dalam jalinan ukhuwah kali ini dikatakan memberi impak yang berkesan mengenai sifat malu, sifat berlemah lembut, dan etika memelihara maruah diri selaku muslimah. Setelah tamat aktiviti utama, para peserta dan penganjur sama-sama bertungkus-lumus untuk memulakan acara barbeku .

Segala puji bagi Allah. Apabila ditanya tentang perjalanan program, respon yang diterima daripada peserta amat positif. Kata mereka, mereka dapat belajar banyak perkara sepanjang pogram ini tentang akhlak dan budi pekerti. Mudah-mudahan Jalinan Ukhuwah ini menjadi pemula kepada perubahan diri ke arah yang lebih baik.

Komen para penganjur berkenaan program ini;

“Usaha akhawat untuk mencari checkpoint tadi menjadi bukti kesungguhan akhawat mencari akhlak mulia itu, tanpa jemu.”

Kerana setiap bunga itu harus berduri, cantik dipandang dan sukar dipegang.

“Jadilah seperti Saidatina Fatimah yang malu meminta-minta meskipun kepada suaminya sendiri.”

Jalinan Ukhuwah ini berakhir pada jam 4.30pm sebelum kami dibawa oleh pemandu kenderaan naik ke puncak bukit. Di sana, kami berkesempatan untuk melihat dan memberi makan rusa-rusa yang menjadi tarikan utama tempat ini.

Semoga wasilah tarbiyah yang dilaksanakan ini menjadi inspirasi untuk para akhawat terus memelihara akhlak dan memperbaikinya dari semasa ke semasa, dan pada masa yang sama dapat menyentuh hati-hati manusia di sekeliling – dengan akhlak.

Foto sekitar program :

Oleh,
Wan Nabilah Wan Jamil

Ahli JawatanKuasa JUM-R 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s