Tahniah buat kepimpinan baru PERMAI 2011/2012

“Setiap seorang dari kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya (orang di bawah peliharaannya). Seorang lelaki adalah sebagai pelindung kepada ahli rumahnya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya. Perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya,begitu juga seorang khadam pemelihara harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya.” (Riwayat Bukhari)

Pihak ISMA Jordan mengucapkan sekalung syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan baru, Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid (PERMAI) sesi 2011/2012.

ISMA Jordan berharap dengan perubahan kepimpinan ini akan membawa satu perubahan positif terhadap persepakatan sesama mahasiswa/siswi Malaysia di Jordan atau Irbid khususnya. Semoga dengan perlantikan ini akan membuka lembaran baru bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh disepakati dalam usaha membangunkan kualiti mahasiswa muslim yang berdaya saing seiring dengan tuntutan global masa kini.

Tangungjawab yang disandarkan merupakan suatu amanah dan bukanlah suatu kemegahan yang perlu dibanggakan. Tunaikan tugas dengan ikhlas kerana Allah swt kerana setiap amal yang ikhlas pasti mempunyai saham di hari pembalasan kelak.

ISMA Jordan yakin dan percaya bahawa pimpinan yang baru dilantik ini mampu meneruskan usaha kepimpinan sebelum ini dan akan memberikan fokus yang lebih dalam meningkatkan pembangunan modal insan ahli PERMAI baik dari aspek akademik dan juga kemahiran insaniah ahli. ISMA Jordan juga positif dengan barisan kepimpinan pada sesi ini, yang akan membawa arus perubahan yang lebih besar dalam komuniti ahli PERMAI yang akan semakin bertambah.

Semoga tugas dan tanggungjawab yang ditaklifkan akan dapat dilaksanakan dengan penuh amanah dan keikhlasan kepada Allah swt. Harapan kami semoga Allah mempermudahkan pelaksanaan gerak kerja barisan kepimpinan baru PERMAI 2011/2012 serta amal yang dilakukan diterima sebagai ganjaran pahala disisiNya.

Selamat menjalankan tugas!

MEMBINA GENERASI HARAPAN

Jawatankuasa Kerja

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Jordan

BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA MALAYSIA IRBID (PERMAI) SESI 2011/2012

Presiden PERMAI: Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa (JUST)

Ketua HELWI: Siti Fatimah binti Ismail (JUST)

Siswa – JUST:

1. Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa
2. Wan Muhammad Najib Wan Mohd Daud
3. Muhammad Naim bin Deraman

Siswa – Universiti Yarmouk:

1. Muhammad Sahel bin Nordin
2. Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin
3. Muhammad Hatta bin Shafri

Siswi – JUST:

1. Siti Fatimah binti Ismail
2. Raihana binti Ahmad Nazri
3. Nurul Kauthar Binti Mohd Khari

Siswi – Universiti Yarmouk:

1. Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi
2. Afifah binti Hamdan
3. Nurfadhilah binti Husin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s