Libya : Spekulasi Matinya Anak Gadafi

1 Mei – Kematian seorang anak Gadafi dan 3 lagi cucu beliau adalah antara berita yang memeranjatkan, semalam.

Media dunia melaporkan kematian 4 orang ahli keluarga Gadafi adalah berikutan serangan udara yang dilakukan NATO ke atas rumah anak Gadafi, Saif Al-Arab, yang berumur 29 tahun. Wartawan Al-Jazeera yang berada di sana, menceritakan keadaan rumah itu sebagai ‘tiada siapa yang sepatutnya selamat’ selepas melihat keadaan rumah itu bagai dibedil dengan 3 misil.

Namun begitu, pihak NATO sendiri menafikan bahawa serangan tersebut adalah antara hasil tindakan mereka.

Manakala ada pula yang berpendapat, berita kematian yang melibatkan ahli keluarga Gadafi ini hanyalah satu jalan licik Gadafi untuk meraih simpati dunia.

Abdul Hafiz Goga, jurucakap Transitional National Council, berkata;

“Pada tahun 1986 dulu, Gadafi pernah mengadukan kematian seorang anak perempuannya akibat serangan udara di Tripoli oleh Ronald Reagan. Selepas diperiksa oleh wartawan, berita ini dinafikan kebenarannya kerana budak perempuan yang meninggal tersebut bukanlah anak kandung beliau, bahkan adalah anak angkat Gadafi.”

Keadaan di Libya yang semakin huru-hara dengan perang saudara, adalah rentetan kebangkitan rakyatnya sejak Februari lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s